Jika PSSI digantung Malaysia cadang Pertandingan berasingan

Malaysia mencadangkan agar pertandingan bolasepak Sukan SEA ke-26 yang dijadualkan di Indonesia November ini, dijalankan secara berasingan sekiranya Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Sekiranya FIFA mengantung PSSI, cadangan Malaysia akan dibincangkan pada mesyuarat majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 17 Julai depan,” tegas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

"Sekiranya FIFA memutus untuk mengantung PSSI, maka kita perlu mengkaji secara terperinci dan mungkin mengadakan satu pertandingan berasingan….kita tidak boleh salahkan penganjur sukan tersebut.

J Category: 
article/latest-news