Kedah kekalkan tekanan ke atas juara bertahan, KL Felda United

Pasukan Kedah terus mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda 2015 dalam kategori lelaki, pasukan KL Felda United dengan dua kemenangan bergaya di minggu kelima.

Skuad Hijau Kuning menewaskan pasukan Sabah Quilmes 7-0 sebelum menundukkan pasukan T-Team 5-4. Pasukan KL Felda United pula tewas mengejut 3-2 kepada pasukan Kuala Lumpur MK sebelum bangkit untuk seri 3-3 menentang pasukan Perak.

Dalam kategori wanita, pasukan KL Felda United menguatkan cengkaman terhadap takhta LFK setelah menang besar 5-0 ke atas pasukan ATM dan seri 2-2 dengan pasukan Selangor.

Hari Perlawanan Kesebelas

Lelaki

Perempuan

KL Felda United 2-3 Kuala Lumpur MK

Kuala Lumpur 0-3 Selangor MPSJ

Selangor 3-4 Selangor MPSJ

PDRM 3-11 Selangor

Sabah Quilmes 0-7 Kedah

ATM 0-5 KL Felda United

T-Team 3-2 Pahang

 

Hari Perlawanan Kedua belas

Lelaki

Perempuan

Melaka 4-3 Perak

Sarawak DBKU 1-5 Perak

T-Team 4-5 Kedah

PDRM 3-3 Sabah

KL Petaling 4-4 Sabah

Selangor 2-2 KL Felda United

Selangor 1-1 Pahang

 

Hari Perlawanan Ketiga belas

Lelaki

Perempuan

Sabah Quilmes 1-5 Sabah

Perak 0-4 Sabah

Kuala Lumpur MK 5-5 Selangor MPSJ

Sarawak DBKU 2-1 ATM

Perak 3-3 KL Felda United

Selangor MPSJ 7-2 Kedah

Melaka 6-2 KL Petaling Putra

 

Kredit Foto: Kedah FA

J Category: 
article/futsal