Kelantan belasah Selangor

Kelantan mengetuk pintu masuk ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor 5-1 selepas pasukan The Red Warriors itu menewaskan Selangor 5-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Jumaat.

Kemenangan ini bererti Kelantan semakin hampir pasti mengulangi kejayaan mara ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut disamping mengekalkan rekod bersih The Red Warriors ke atas Selangor dalam tiga pertemuan musim ini.

Kelantan menewaskan pasukan bimbingan K Devan dalam pertembungan Liga Super termasuk perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Pada final 2009, Selangor menewaskan Kelantan 4-1.

J Category: 
article/latest-news