Kelantan gagal pintas Selangor

Kelantan gagal memintas Selangor di persada Liga Super apabila hanya seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa.

Dengan keputusan itu, Kelantan kini menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 40 mata, kurang dua mata di belakang Selangor yang menewaskan Kedah 2-0 di Alor Setar, Isnin lepas.

Kelantan memulakan perlawanan dengan agresif dan menguasai babak pertama tetapi jentera serangan yang diterajui penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang.

J Category: 
article/latest-news