Kelantan Mengekalkan Kejuaraan Piala FA 2013

Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Sabtu malam (29 Jun 2013). Pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad manjaringkan gol kemenangan pada minit ke-14, hasil hantaran kapten Mohd Badhri Mohd Radzi.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada malam tadi. Untuk rekod, Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan setelah menang pada edisi Final FA 2012.

J Category: 
article/latest-news