KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KEEMPAT BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-03-22

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali keeempat bagi penggal 2017-2021 pada 21 Mac 2018 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh jurulatih, Elavarasan a/l Elangowan terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) berhubung kestabilan kontrak dan tunggakan bayaran

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan PKNS FC dikehendaki membayar pampasan baki kontrak sebanyak RM450,000 dan tunggakan bayaran ‘signing fee’ sebanyak RM60,000 selewat-lewatnya pada 20 April 2018. Jika PKNS FC gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

2. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Brendan Gan Sen Ling terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (Kelantan FA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan Kelantan FA dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM100,000 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) selewat-lewatnya pada 20 April 2018. Jika Persatuan Bolasepak Kelantan gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

3. Tuntutan dikemukakan oleh 15 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) berhubung tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Abdul Wafiy Bin Abdul Ghafar (RM60,000.00)

ii) Isskandar Zulkanaen Bin Ibrahim (RM35,000)

iii) Khairul Nidzam Bin Muhammad Nor (RM33,000)

iv) Mohamad Badrul Hisham Bin Mohd Rozi (RM18,000)

v) Mohamad Shafiq Bin Razali (RM33,000)

vi) Mohammad Hariz Irffan Bin Mohd Nazri (RM22,000)

vii) Mohammad Khairul Helmy Bin Mohammad Rahim (RM15,000)

viii) Mohd Ameer Syafeeq Bin Aziz (RM35,000)

ix) Mohd Hazuan Bin Mohd Daud (RM45,000)

x) Mohd Zaidee Bin Jamaluddin (RM20,000)

xi) Muhammad Baqiuddin Bin Shamsudin (RM28,000)

xii) Muhammad Badrul Amin Bin Jesmi (RM15,000)

xiii) Muhammad Hashim Bin Shamsudin (RM19,000)

xiv) Muhammad Rafizi Bin Zahari (RM30,000)

xv) Munawwar Bin Mohd Zain (RM15,000)

Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM