KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KELIMA BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-05-18

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2017-2021 pada 14 Mei 2018 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Abdullah Bin Yusoff terhadap Kelab Bolasepak Petaling Jaya Rangers berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan Kelab Bolasepak Petaling Jaya Rangers dikehendaki membayar pampasan baki kontrak sebanyak RM120,000 dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Jika Kelab Bolasepak Petaling Jaya Rangers gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

2. Tuntutan dikemukakan oleh 24 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Rancho Da Silva Andre Francisco yang diterima sebahagiannya dan Kuantan FA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Abdul Ghani Abd Rahman (RM45,000)

ii) Abdul Hadi Yahya (RM50,000)

iii) Abdul Manaf Mamat (RM50,000)

iv) Ahmad Haziq Ahmad Puad (RM23,250)

v) Azman Chuchu (RM9,000)

vi) Azrul Nizam Muhammad (RM24,000)

vii) Hamizul Izaidi Zulkifli (RM33,000)

viii) Helmi Remeli (RM30,000)

ix) Mohamad Hafizi Amiruddin (RM7,000)

x) Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor (RM28,000)

xi) Mohd Fazli Zulkifli (RM36,250)

xii) Mohd Daudsu Jamaludin (RM25,500)

xiii) Mohd Syazwan Mohd Roslan (RM37,500)

xiv) Muhamad Azmi (RM22,000)

xv) Muhamad Akhir Bahari (RM35,000)

xvi) Muhamad Nur Haziq Mohd Aris (RM36,000)

xvii) Muhammad Amirul Izwan Mohd Baki (RM15,000)

xviii) Muhammad Azhiim Kamarudin (RM9,000)

xix) Muhammad Izzuddin Muhamat Hussin (RM40,000)

xx) Muhammad Zahiruddin Zulkifli (RM32,500)

xxi) Muhd Fikri Elhan (RM15,000)

xxii) Syafiq Azri Ahmad Kamal (RM27,625)

xxiii) Zairul Fitree Ishak (RM19,500)

xxiv) Rancho Da Silva Andre Francisco (USD28,387.09)

Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

3. Tuntutan dikemukakan oleh 22 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Perlis berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan-tuntutan Mohd Riduwan Bin Maon dan Muhammad Alif Bin Jamaluddin yang diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Perlis dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Ahmad Fauzi Bin Saari (RM13,500)

ii) Amirul Aiman Bin Amran (RM9,000)

iii) Che Mohamad Safwan Hazman Bin Che Hassan (RM6,000)

iv) Famirul Asyraf Bin Sayuti (RM10,000)

v) Khairi Bin Kiman (RM12,000)

vi) Mazlizam Bin Mohamad (RM15,000)

vii) Mohamad Fadzren Bin Alias (RM3,000)

viii) Mohd Afiq Amsyar Bin A. Salamat (RM6,500)

ix) Mohd Alafi Bin Mahmud (RM13,000)

x) Mohd Hazran Safwan Bin Mohd Sobri (RM3,000)

xi) Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin (RM7,500)

xii) Mohd Jibrail Bin Kamaron Baharin (RM7,500)

xiii) Mohd Riduwan Bin Maon (RM10,500)

xiv) Mohd Saiful Bin Basir (RM6,000)

xv) Muhammad Amir Zikri Bin Pauzi (RM8,000)

xvi) Muhammad Alif Bin Jamaluddin (RM7,500)

xvii) Muhammad Fikri Bin Sudin (RM10,500)

xviii) Muhammad Nasharizam Bin Ab Rashid (RM8,000)

xix) Muhammad Syamirul Shahadidi (RM1,000)

xx) Shahrizal Bin Mohd Saad (RM8,000)

xxi) Syafiq Azri Bin Ahmad Kamal (RM9,000)

xxii) Syazwan Bin Mohd Roslan (RM7,500)

Jika Persatuan Bolasepak Perlis gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

 

TUAN ACP MD DALI BIN WAHID

TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM