KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 30 MAC 2016

2016-03-30

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 30 Mac 2016 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1.      Tindakan pemain pasukan Perlis, Azmizi Azmi berkelakuan ganas terhadap pemain pasukan Kuala Lumpur semasa perlawanan Piala FA 2016 antara pasukan Perlis menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 5 Mac 2016.

  • Pemain, Azmizi Azmi telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung daripada bermain untuk dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:
  1. Perlawanan Liga Premier 2016, PKNS FC lawan Perlis pada 11 Mac 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka (penggantungan perlawanan secara automatik); dan
  1. Perlawanan Liga Premier 2016, DRB-HICOM FC lawan Perlis pada 4 April 2016 di Stadium Proton, Tanjung Malim.
  1. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

2.      Tindakan pemain pasukan Kuala Lumpur, Mario Karlovic berkelakuan ganas terhadap pemain pasukan Perlis semasa perlawanan Piala FA 2016 antara pasukan Perlis menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 5 Mac 2016.

  • Pemain,  Mario Karlovic telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.        Digantung daripada bermain untuk dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

  1. Perlawanan Piala FA 2016, Perak lawan Kuala Lumpur pada 19 Mac 2016 di Stadium Perak, Ipoh (penggantungan perlawanan secara automatik); dan
  1. Perlawanan Piala FA 2016, Kuala Lumpur lawan Perak pada 1 April 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
  1. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

3.      Tindakan pemain pasukan Sabah, Maxsius Musa menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Premier 2016 antara pasukan Sabah menentang pasukan Melaka di Stadium Bolasepak Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada 11 Mac 2016.

  • Pemain, Maxsius Musa telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.          Digantung daripada bermain untuk empat (4) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

  1. Perlawanan Liga Premier 2016, ATM lawan Sabah pada 4 April 2016 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka (penggantungan perlawanan secara automatik);
  1. Perlawanan Piala FA 2016, Kedah lawan Sabah pada 1 April 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar;
  1. Perlawanan Liga Premier 2016, Sabah lawan Sime Darby FC pada 8 April 2016 di Stadium Bolasepak Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu; dan
  1. Perlawanan Liga Premier 2016, PKNS FC lawan Sabah pada 19 April 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

ii.         Didenda sebanyak RM2,000.00.

iii.        Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

4.      Tindakan pegawai pasukan Kuantan FA, Zulhamizan Zakariah berkelakuan ganas terhadap pegawai perlawanan dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Premier 2016 antara pasukan UiTM FC menentang pasukan Kuantan FA di Stadium UiTM, Shah Alam pada 26 Februari 2016 dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan semasa perlawanan Piala FA 2016 antara pasukan Perak lawan Kuantan FA di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Mac 2016.

  • Jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai ‘Artikel 43 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Pelanggaran serentak’  di mana apabila terdapatnya pelanggaran-pelanggaran berkait di dalam kes-kes yang berlainan tetapi melibatkan pesalahlaku yang sama, Jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk mengenakan pelanggaran yang paling serius sahaja dan bergantung kepada keadaan, boleh meningkatkan lagi hukuman tersebut.
  • Pegawai, Zulhamizan Zakariah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 51.1 (a) & (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kelakuan yang menyinggung dan fair play’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung selama tujuh (7) bulan daripada terlibat dengan sebarang perlawanan pertandingan bolasepak Malaysia berkuatkuasa daripada tarikh keputusan ini dikeluarkan.
  2. Didenda sebanyak RM3,000.00.
  3. Pegawai diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

5.      Penglibatan pegawai Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Nick Sham Abdullah sebagai jurulatih pasukan Malaysian All Stars di dalam perlawanan yang tidak diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahupun FAM iaitu perlawanan di antara pasukan Persib Bandung menentang pasukan Malaysian All Stars di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia pada 24 Oktober 2015.

  • Pegawai, Nick Sham Abdullah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung selama enam (6) bulan daripada terlibat dengan sebarang perlawanan pertandingan bolasepak Malaysia berkuatkuasa daripada tarikh keputusan ini dikeluarkan.
  2. Didenda sebanyak RM1,500.00.
  3. Pegawai diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

6.      Penglibatan pemain pasukan Megah Murni FC, Anbalagan a/l R. Madivana di dalam perlawanan yang tidak diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahupun FAM iaitu perlawanan di antara pasukan Persib Bandung menentang pasukan Malaysian All Stars di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia pada 24 Oktober 2015.

  • Pemain, Anbalagan a/l R. Madivana telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung selama dua (2) bulan daripada bermain di dalam sebarang perlawanan pertandingan bolasepak Malaysia berkuatkuasa daripada tarikh keputusan ini dikeluarkan.
  2. Didenda sebanyak RM1,500.00.
  3. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

7.      Penglibatan pemain pasukan MISC-MIFA, Muhammad Fauzi Abdul Kadar di dalam perlawanan yang tidak diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahupun FAM iaitu perlawanan di antara pasukan Persib Bandung menentang pasukan Malaysian All Stars di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia pada 24 Oktober 2015.

  • Pemain, Muhammad Fauzi Abdul Kadar telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung selama dua (2) bulan daripada bermain di dalam sebarang perlawanan pertandingan bolasepak Malaysia berkuatkuasa daripada tarikh keputusan ini dikeluarkan.
  2. Didenda sebanyak RM1,500.00.
  3. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

8.      Penglibatan pemain pasukan Kilat FC, Ahmad Faizal Md Salleh di dalam perlawanan yang tidak diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahupun FAM iaitu perlawanan di antara pasukan Persib Bandung menentang pasukan Malaysian All Stars di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia pada 24 Oktober 2015.

  • Pemain, Ahmad Faizal Md Salleh telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung selama dua (2) bulan daripada bermain di dalam sebarang perlawanan pertandingan bolasepak Malaysia berkuatkuasa daripada tarikh keputusan ini dikeluarkan.

ii.          Didenda sebanyak RM1,500.00.

iii.   Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.