KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 9 JUN 2016

2016-06-10

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 9 Jun 2016 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1.    Kegagalan Majlis Sukan India Malaysia (MISC-MIFA) menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 5 Januari 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pemain, Rajesh A/L Letchumanan.

 

·          Majlis Sukan India Malaysia (MISC-MIFA) telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM1,500.00;

 

ii.             Diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak sebelum atau pada 30 Jun 2016; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

2.    Kegagalan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 7 Mac 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pegawai, Ahmad Sobri Ismail.

 

·         Persatuan Bolasepak Melayu Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM1,500.00;

 

ii.             Diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak sebelum atau pada 30 Jun 2016; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

3.    Kegagalan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 7 Mac 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pegawai, Hussin Jaafar.

 

·         Persatuan Bolasepak Melayu Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM1,500.00;

 

ii.             Diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak sebelum atau pada 30 Jun 2016; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

4.    Kegagalan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 7 Mac 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pegawai,  Zulkipli Mahmud.

 

·         Persatuan Bolasepak Melayu Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM1,500.00;

 

ii.             Diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak sebelum atau pada 30 Jun 2016; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

5.    Kegagalan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 7 Mac 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pegawai,  Izham Mustafa.

 

·         Persatuan Bolasepak Melayu Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM1,500.00;

 

ii.             Diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak sebelum atau pada 30 Jun 2016; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

6.    Kegagalan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 7 Mac 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pegawai,  Abdullah  Hassan.

 

·         Persatuan Bolasepak Melayu Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi keputusan’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM1,500.00;

 

ii.             Diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak sebelum atau pada 30 Jun 2016; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

7. Kekecohan yang berlaku di dalam dan di luar stadium; penyalaan bom asap dan pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan Piala FA 2016 di antara Kuala Lumpur lawan Perak pada 1 April 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

 

·         Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 68 (e) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Penganjuran Perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 69.2 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Didenda sebanyak RM15,000.00; dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

8.    Tindakan penyokong pasukan Perak yang telah melontar objek semasa dan selepas tamat perlawanan Piala FA 2016 di antara Kuala Lumpur lawan Perak pada 1 April 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

 

·         Persatuan Bolasepak Perak telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70.2 Kod Tatatertib FAM 2015’berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’  dan dikenakan hukuman berikut:

 

  1. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

9.    Tindakan pemain pasukan Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang berkelakuan ganas terhadap pemain pasukan Selangor semasa perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan Selangor pada 21 Mei 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

 

·         Pemain, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung lima (5) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

 

a.    Perlawanan Liga Super 2016 di antara Terengganu lawan Kelantan pada 15 Julai 2016 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak (penggantungan perlawanan secara automatik);

 

b.    Perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan Pahang pada 23 Julai 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu;

 

c.    Perlawanan Liga Super 2016 di antara Johor Darul Ta’zim lawan Kelantan pada 26 Julai 2016 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin;

 

d.    Perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan Felda United FC pada 3 Ogos 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu; dan

 

e.    Perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan T-Team pada 6 Ogos 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

 

ii.             Didenda sebanyak RM2,000.00; dan

 

iii.            Pemain juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.