KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KE-14 BAGI SESI 2010-2014

MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KE-14 BAGI SESI 2010-2014

 

Sebanyak empat kes telah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-14 bagi sesi 2010-2014.

Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-14 adalah seperti berikut;

1.    Kes yang pertama membincangkan dua pertuduhan telah dikeluarkan keatas Persatuan Bolasepak Terengganu. Persatuan BolasepakTerengganu telah mengaku bersalah diatas isu keselamatan. Persatuan Bolasepak Terengganu telah didenda sebanyak RM5000.00 kerana didapati bersalah diatas pertuduhan pembakaran suar. Namun, jawatankuasa tatatertib berpuas hati dengan hujah bertulis yang diberikan oleh pihak Terengganu berikutan kelonggaran tahap keselamatan namun, hanya amaran tegas telah diberikan agar perkara yang sedemikian tidak berulang lagi.

2.    Susulan daripada kes kelonggaran kawalan keselamatan semasa perlawanan ATM dengan Sarawak di Stadium Selayang, pihak ATM tidak mengaku bersalah dan telah memfailkan permohonan pembelaan. Setelah diselidiki dan diteliti oleh ahli jawatankuasa, tidak ada merit didalam pembelaan tersebut maka, pihak ATM telah didenda sebanyak RM5, 000 fdan telah diberi amaran keras.

3.    Di dalam perlawanan antara JDT II dan UITM Selangor di Stadium Larkin, terdapat dua pertuduhan telah dikemukakan. Pertama, ia membabitkan insiden penonton membaling botol air terhadap pegawai keselamatan, pemain dan pegawai pasukan UITM Selangor. Setelah ahli jawatankuasa mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan, denda sebanyak RM10,000 telah dikenakan kepada  Persatuan Bolasepak Negeri Johor dalam pertuduhan pertama. Manakala pasukan JDT II pula telah didenda atas soal kelonggaran kawalan keselamatan sebanyak RM20, 000.

4.    Bekas pengurus pasukan JDT II, En On bin Jabbar@ Jaafar telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukan. Setelah mengkaji dan mengambil kira rayuan yang dikemukakan, En On telah dikenakan hukuman gantung selama 20 tahun dan dikenakan denda sebanyak RM50,000 berdasarkan keseriusan kes ini. Persatuan Bolasepak Negeri Johor juga dikenakan denda sebanyak RM40,000 berikutan En On adalah salah seorang ahli jawatankuasa eksekutif untuk Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

*On Jabbar telah dituduh dibawah kod tatatertib 3.4 dibawah kesalahan menyerang dan memukul hingga menyebabkan kecederaandan menjejaskan kesihatan terhadap pegawai pertandingan. Hukuman maksima bagi kesalahan ini adalah hukuman gantung seumur hidup. Beliau tidak diberikan hukuman ini kerana ini adalah kesalahan pertama beliau. 



PBNJ telah didenda kerana seseorang ahli jawatankuasa eksekutif (ExCo) mereka telah menyerang, memukul dan menjejaskan kesihatan seseorang Pegawai Pertandingan (Kod Kesalahan 3.4)

J Category: 
article/latest-news