KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KEDUA BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-04-26

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2017-2021 pada 25 April 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain Pasukan Selangor, Muhammad Nurridzuan bin Abu Hassan

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, Selangor lwn Perak pada 12 April 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong pasukan lawan.

Hukuman: Penggantungan satu (1) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan satu (1) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Selangor melawan Melaka pada 4 Mei 2019.

 

2. Pemain Pasukan Selangor, Mohd Amri bin Yahyah

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, Selangor lwn Perak pada 12 April 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya menunjukkan isyarat lucah yang mana perbuatan ini telah dapat dirakam.

Hukuman: Penggantungan satu (1) perlawanan, denda sebanyak RM500.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan satu (1) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Selangor melawan Melaka pada 4 Mei 2019.

 

3. Pemain Pasukan Tun Razak FC, Mohammad Firdaus Yusof

Perlawanan: Perlawanan Liga M3 2019, Puchong Fuerza FC lwn Tun Razak FC pada 24 Mac 2019 di Stadium Mini MMU, Cyberjaya.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada tindakannya membuat cubaan menyerang terhadap Pengadil perlawanan sehingga kumpulan pengadil tersebut berjalan keluar dari padang.

Hukuman: Penggantungan enam (6) bulan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi berkuatkuasa mulai 16 Jun 2019 sehingga 15 Disember 2019 dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun, dengan menggunapakai Artikel 35 Kod ini, Pemain dikenakan penggantungan selama empat (4) bulan pertama dahulu dan baki dua (2) bulan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama enam (6) bulan.

Penggantungan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Penggantungan empat (4) bulan pertama yang wajib dilaksanakan dari 16 Jun 2019 sehingga 15 Oktober 2019.

ii) Penggantungan dua (2) bulan kedua adalah dari 16 Oktober 2019 sehingga 15 Disember 2019 adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama enam (6) bulan.

 

4. Pemain Pasukan Tun Razak FC, Amran bin Shaharudin

Perlawanan: Perlawanan Liga M3 2019, Puchong Fuerza FC lwn Tun Razak FC pada 24 Mac 2019 di Stadium Mini MMU, Cyberjaya.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada tindakannya menolak Pegawai Pertandingan ketika Pegawai tersebut cuba menghalang Pemain dari masuk ke padang.

Hukuman: Penggantungan enam (6) bulan, denda sebanyak RM2,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun, dengan menggunapakai Artikel 35 Kod ini, Pemain dikenakan penggantungan selama tiga (3) bulan pertama dahulu dan baki tiga (3) bulan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama enam (6) bulan.

Penggantungan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Penggantungan tiga (3) bulan pertama yang wajib dilaksanakan dari 26 April 2019 sehingga 25 Julai 2019.

ii) Penggantungan tiga (3) bulan kedua adalah dari 26 Julai 2019 sehingga 25 Oktober 2019 adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama enam (6) bulan.

 

5. Pemain Pasukan Sarawak, Alan Lagang Keryer

Perlawanan: Perlawanan Piala Belia 2019, Sarawak lwn Pahang pada 14 April 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada tindakannya memijak dan menendang pada bahagian perut dan badan pemain pasukan Pahang (Muhammad Kama Edyka bin Azhar).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara JDT IV melawan Sarawak pada 21 April 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara Negeri Sembilan melawan Sarawak pada 28 April 2019.

 

6. Pemain Pasukan Bolasepak Wanita Kelantan, Siti Hajar binti Md Zaid

Perlawanan: Perlawanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019, Kelantan lwn Kedah pada 21 April 2019 di Padang 8, Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

Kesalahan: Melanggar Artikel 51.1(a) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada tindakannya membantah keputusan pengadil perlawanan dengan menjerit perkataan lucah kepada pengadil tersebut dan melanggar Artikel 59 Kod ini akibat daripada tindakannya menolak dada pengadil perlawanan dengan kedua-dua belah tangannya dan semasa Pemain berjalan keluar, Pemain sekali lagi cuba menyerang pengadil tersebut dengan kasut.

Hukuman: Penggantungan enam (6) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan enam (6) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan PTSR 2019 di antara ATM melawan Kelantan pada 27 April 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan PTSR 2019 di antara Kelantan melawan Perak pada 28 April 2019.

iii) Perlawanan PTSR 2019 di antara Kelantan melawan Selangor pada 28 Jun 2019.

iv) Perlawanan PTSR 2019 di antara Kelantan melawan Melaka pada 30 Jun 2019.

v) baki dua (2) lagi penggantungan perlawanan adalah dibawa perlawanan seterusnya dalam saingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019, jika layak dan sekiranya pasukan tidak layak ke peringkat seterusnya, penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya bagi Pemain (sekiranya Pemain didaftarkan untuk bermain).

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM