Kerana terpaksa - Hamidin

Persatuan Bolasepak Malaysia tidak mengubah jadual kerana “suka-suka nak ubah” sebaliknya ia berlaku kerana memberi laluan kepada pasukan kebangsaan dan pasukan Olimpik.

“Jawatankuasa saya bukan suka-suka nak ubah jadual liga. Kita rombak jadual kerana terpaksa. Jadual padat ini untuk memberi laluan kepada pasukan kebangsaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata demikian dalam Majlis Taklimat Media FAM yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selasa.

J Category: 
article/latest-news