LAPORAN BAGI SUKU KEDUA TAHUN 2022 ROADMAP F:30 FAM

2022-08-01

Secara keseluruhan, Pelan Strategik 1 F:30 kini berada di pencapaian 64%.

Pencapaian ini berasaskan kemajuan yang dicapai dalam tiga teras utama F:30 iaitu dalam Tadbir Urus, Pertandingan dan Pembangunan.

 

 

Peningkatan yang dicapai dalam teras Tadbir Urus terutamanya adalah berkenaan Jenama FAM di mana FAM telah mewujudkan perkongsian dengan rakan kongsi baharu untuk pengeluaran kandungan dan juga persetujuan dengan Astro Arena dan Sooka sebagai rakan kongsi penyiaran untuk CUCKOO Malaysia Futsal Cup 2022.

 

 

Bagi teras Pembangunan, peningkatan dicapai melalui Pelan Bola Sepak Wanita yang akan dilancarkan pada tahun ini dan permulaan format Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) yang diperluaskan.

FAM juga telah menambah baik kerjasama dengan jenama tertentu seperti di mana mereka telah mencapai ROI yang telah ditetapkan.

FAM juga telah menambahkan pendedahan FAM melalui hak penyiaran kelayakan Piala Asia dengan penyiar tempatan.

 

 

Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan teras Pertandingan, penjajaran semula Liga Suparimau Puteri dengan Kejuaraan B-16 dan mengendalikan Kejohanan B-14 di bawah Liga Suparimau untuk bola sepak wanita.

Kelangsungan perlawanan Akhir CUCKOO Malaysia Futsal Cup 2022 buat julung kalinya juga telah menyumbangkan kepada peningkatan ini.

 

 

Memandangkan ia berada pada tahun terakhir Pelan Strategik 1 (yang meliputi 2019-2022), terdapat kemajuan yang lebih ketara pada tempoh suku kedua tahun 2022 ini ekoran peralihan ke fasa endemik Negara di mana aktiviti-aktiviti bola sepak dibuka dan dibenarkan semula.

Ini dilihat sebagai petanda positif bahawa kita masih sedang maju dan menuju ke hadapan dalam hala tuju F:30. Suku ketiga dan keempat 2022 akan menitik beratkan matlamat-matlamat yang ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

FAM juga maklum dan akan mengambil tindakan yang patut bagi menyesuaikan pelan strategik kedua untuk meneruskan matlamat-matlamat yang tidak dapat dimuktamadkan berikutan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan tempoh pencapaian kitar Pelan Strategik 1.

 

* Laporan ini disiarkan pada Isnin, 1 Ogos 2022