Laporan Polis Mengenai Kegiatan Mengatur Keputusan

Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas, Persatuan Bolasepak Malaysia ingin membuat kenyataan seperti berikut:

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa memandang berat terhadap laporan mahupun spekulasi tentang wujudnya gejala mengatur keputusan perlawanan dalam Liga Malaysia.

FAM menyokong sepenuhnya tindakan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis berdasarkan “bukti kukuh termasuk saksi” berhubung kegiataan keji itu yang melibatkan pasukan Piala Presiden negeri berkenaan.

J Category: 
article/latest-news