LFK 2017: MELAKA LEBAR PENGUASAAN, WANITA FELDA KEMBALI TEMUI RENTAK KEMENANGAN

2017-03-19

 Melaka mudah mengetepikan cabaran pasukan baharu, MBPP setelah meraih kemenangan bergaya 12-1 pada hari kedua Sirkit 5 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan hari ini.

 Kemenangan besar tersebut menyaksikan skuad kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim itu melebarkan rekod kemenangan seratus peratus kepada 9 perlawanan untuk mengumpul 27 mata penuh di persada carta kategori lelaki.

“Alhamdulillah, semua pemain menunjukkan keserasian bermain bersama dan juga semangat berpasukan yang tinggi walaupun pasukan lawan mengasak kita dengan begitu hebat pada awal permainan,” ujar I’sah kepada www.fam.org.my, petang tadi.

 Bagaimanapun, pasukan Hang Tuah itu terus dihimpit oleh juara bertahan, Felda United bimbingan Addie Azwan Zainal di tangga kedua dengan 21 mata selepas mencatat kemenangan selesa 6-2 ke atas pasukan tangga keenam, Kuala Lumpur TPD.

 Pahang kendalian Yazeed Hamzah pula kekal di tangga ketiga setelah meraih kemenangan keenam untuk mengumpul 19 mata dengan menewaskan Perak 6-2

 Satu lagi perlawanan menyaksikan pasukan tangga ketujuh, T-Team menumpaskan tangga kelapan, KL Petaling Putra 7-3.

.Bagi kategori wanita, pendahulu, Felda United bangkit daripada keputusan seri dengan KL Ally Group semalam untuk kembali temui rentak kemenangan dengan membelasah ATM 11-0.

 Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Rozmin Musa menjarakkan jurang mata di tangga teratas dengan 15 mata selepas pencabar terdekat, Perak tercicir mata setelah tewas 2-1 kepada KL Ally Group yang naik ke tangga kedua dengan 13 mata.

 Satu lagi perlawanan menyaksikan PDRM mencatat kemenangan bergaya 6-1 ke atas Sarawak untuk melonjak ke tangga keempat dengan 7 mata.

  Sirkit 6 selepas ini akan turut berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan pada 8 dan 9 April ini.

KEPUTUSAN HARI KEDUA SIRKIT 5

 

LELAKI

 

T-TEAM 7

Mohd Hafizi Ismail 30’

Wan Nasaruddin 23’

Syed Shahrul Nizam Syed Abdul Rahim 29’

Mohd Hafiz Ismail 36’

Zulkarnain Abdul Majid 38’

Mohd Shafily Jusoh 39’

KL PETALING PUTRA 2

Shah Azman Ekmal Salleh 33’

Abdul Hakim Siswazar 37’

 

MBPP 1

Mohd  Hidzir Mohd Hanifa 17’

MELAKA 12

Saiful Nizam Mohamad Ali 7’

Khairul Effendy Mohd Bahrin 7’ 7’ 18’

Abu Hanifa Hasan 13’

Muhammad Awaluddin Hassan 14’ 30’ 38’

Amar Fikri Hasan 19’ 34’

Faris Noor Rani 35’

Ali Imran Hasan 36’

 

KUALA LUMPUR TPD 2

Muhammad Zuhairi Faiz Fizal 1’

Dzulkamal Ariffin Md Ruzi 24’

FELDA UNITED 6

Mohd Azwann Ismail 12’

Muhammad Akmal Yazadh Amri 16’

Muhamad Fitri Muhamad Yatim 18’ 37’

Muhammad Aidil Shahril Rosli 19’ 22’

 

PAHANG 6

Mohd Ridzwan Bakri 2’ 15’

Ahmad Hanafi Mohd Nasir 19’

Muhammad Fariq Mohammad 19’ 38’

Amar Ashraf Abu Bakar 31’

PERAK 2

Mohamad Afendi Bonyamin 19’

Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip 19’

 

WANITA 

 

FELDA UNITED 11

Siti Asnidah Zamri 2’ 15’ 17’

Farahiyah Muhd Ridzuan 4’ 29’

Hanis Farhana Shamsul Azizan 8’

Fatin Shahida Azmi 8’ 37’ 39’

Farah Najihah Abdul Aziz 25’

Nur Shazreen Munazli 37’

ATM 0

 

PDRM 6

Usliza Usman 3’

Noor Asyikin Mohamad Noor 15’

Norhanisa Yahya 17’

Norsuriani Mazli 21’

Nabila Naim 35’

Angela Kais 29’

SARAWAK 1

Nur Azian Sapiee 29’

 

KL ALLY GROUP 2

Nur Amira Mat Rasid 20’

Fasrina Amira Abdullah 26’

PERAK 1

Nur Aisyah Mohd Tahir 11’

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA