MALAYSIA GAGAL KE SEPARUH AKHIR KEJUARAAN B-16 AFF 2016

2016-07-19

Skuad B-16 negara kendalian jurulatih P Somansundram gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan B-16 AFF 2016 selepas tewas 7-1 kepada Australia pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Olympic, Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.

 Selepas Nizarruddin Jazi berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-29, skuad negara seakan hilang punca apabila dibolosi enam gol sepanjang babak kedua.

 Keputusan itu menyaksikan Australia berjaya menamatkan saingan Kumpulan A di tangga kedua dengan 10 mata, di belakang Vietnam dengan 13 mata, manakala Malaysia sekadar di tangga ketiga dengan 7 mata diikuti Myanmar (7), Singapura (3) dan Filipina (1).

 Pada edisi tahun lalu, Malaysia turut gagal ke separuh akhir selepas menamatkan saingan kumpulan juga di tangga ketiga, di belakang Laos dan Thailand.

 Skuad Somasundram selepas ini akan beraksi pada pusingan akhir Kejuaraan B-16 AFC 2016 yang bakal berlangsung di Goa, India dari 15 September hingga 2 Oktober ini.

 Malaysia yang diundi dalam Kumpulan C akan bertemu Oman pada 16 September, Iraq pada 19 September dan Korea Selatan pada 22 September, di mana dua pasukan teratas layak ke suku akhir.