MARCELO SERPA & CHIEW CHUN YONG SUMBANG TENAGA SEBAGAI INSTRUKTUR KLINIK KEJURULATIHAN FUTSAL 2016

2016-03-23

Ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa serta ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Chiew Chun Yong menyumbangkan tenaga sebagai instruktor Klinik Kejurulatihan Futsal anjuran Persatuan Bolasepak Sabah, hujung minggu lalu.

"Bagi saya, ia adalah perkembangan positif ke arah pengambilan lebih ramai jurulatih futsal dari negeri ini," ujar Chiew yang juga merupakan instruktor Persatuan Bolasepak Asia (AFC) kepada pemberita.

Kursus yang dianjur sempena Liga Futsal Sabah Sirkit 1 kategori wanita itu berjaya menarik minat 104 peserta dari seluruh negeri Sabah.

Mengulas mengenai sambutan yang diterima, Pengerusi Futsal dan Bolasepak Pantai Persatuan Bolasepak Sabah, Yamani Hafez Musa berkata sambutan yang diterima amat memberasangkan di samping berterima kasih terhadap kehadiran Serpa serta Chun Yong untuk sebagai instruktor kursus tersebut. 

"Para peserta kursus ini sangat bertuah kerana mendapat khidmat kedua-dua instruktor yang hebat ini," tegas Yamani.

Sementara itu, Team Rascalz muncul juara Liga Futsal Sabah Sirkit 1 kategori wanita setelah menundukkan pasukan Ziemal 3-1 pada penentuan sepakan penalti di BSA Kolombong manakala pasukan Remixx pula mendapat tempat ketiga setelah menewaskan J1M 5-4 juga menerusi penentuan sepakan penalti.

 Liga Futsal Sabah Sirkit 1 kategori lelaki pula dijadual berlangsung dari 30 April hingga 1 Mei di mana 72 pasukan dari seluruh negeri Sabah bakal berentap untuk merebut kejuaraan.