Masih ada sinar

Aksi Harimau Malaya yang tunduk 1-4 kepada gergasi bola sepak Inggeris, Chelsea, Ahad lalu, tetap mendapat pujian daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Haji Ahmad Shah, yang menyifatkan semua pemain menunjukkan semangat melawan yang tinggi tanpa kenal erti berputus asa.

Menurut Baginda, perlawanan di Stadium Shah Alam itu menunjukkan masih ada sinar buat bola sepak negara dan yakin harapan untuk melihat Malaysia mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2015 tetap cerah jika mereka meneruskan sikap positif ketika mereka tunjukkan semasa menentang Chelsea.

J Category: 
article/latest-news