Pahang kekal teratas tamat pusingan pertama Liga Super

Tujuh minggu berehat, saingan Liga Super 2015 bersambung untuk perlawanan ke-11 dan terakhir bagi pusingan pertama dengan menyaksikan Pahang kekal di tangga teratas selepas berjaya menewaskan PDRM 5-3 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 
 Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pula berjaya merampas kedudukan tangga kedua daripada PDRM selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
 
 Pahang kini mengumpul 23 mata manakala JDT dengan 21 mata.
 
 Sementara empat pasukan berkongsi kedudukan tangga ketiga hingga keenam dengan 18 mata selepas Selangor seri 4-4 dengan Felda United di Stadium Selayang manakala Perak seri 1-1 dengan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
 
 Lions XII pula naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh selepas berjaya menewaskan pasukan tangga kedua tercorot, ATM 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
 
 Satu lagi perlawanan, Kelantan bertemu Sime Darby ditunda ke tarikh lain kerana Stadium Sultan Muhammad IV tidak dibenarkan penggunaannya sepanjang bulan Ramadan menyaksikan kedua-dua pasukan itu kekal di tangga ke-10 dan ke-12, kurang satu perlawanan berbanding 10 pasukan lain.
 
 
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
LIONS XII 3
Nor Fazly Alias (GS) m-38,
Safuwan Baharudin m-50,
Shahdan Sulaiman m-84
ATM 1
Nor Fazly Alias m-59
 
SARAWAK 1
Ryan Griffiths m-60
PERAK 1
Nam Kung Woong m-58
 
FELDA UNITED FC 4
Thiago Augusto m-17 & m-23,
Indra Putra Mahayuddin m-37,
Ndumba Makeche m-50
SELANGOR 4
Ahmad Hazwan Bakri m-13 & m-40,
K Gurusamy m-64,
Abdul Hadi Yahya m-77 (P)
 
TERENGGANU 0
JOHOR DARUL TA'ZIM 1
Luciano Figueroa m-78
 
PDRM 3
Dramane Traore m-49, m-77 (P) & m-89 (P)
PAHANG 5
D Saarvindran m-6,
Matias Conti m-38, m-45+1 & m-69,
Dickson Nwakaeme m-58
J Category: 
uncategorised6