Pasukan B-15 menang di Chonburi

Pasukan Bawah 15 kebangsaan menewaskan skuad Bawah 15 tahun Chonburi FC 2-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Suzuki di Chonburi, Thailand, malam tadi (30/06/11).

Gol pertama pasukan Malaysia dijaringkan oleh Muhammad Hakimi Husin manakala Muhamad Akram Asidi menyumbang gol kedua.

Pasukan yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih Khalid Shahdan berada di Chonburi untuk latihan dan perlawanan persahabatan sebelum menyertai Kejohanan AFF di Vientiane, Laos dari 5 hingga 21 Julai.

J Category: 
article/latest-news