Persaingan semakin hangat

Pemain antarabangsa Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Kelantan apabila jaringannya membantu The Red Warriors menumbangkan pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV di Kota Bahru, Selasa.

Kemenangan ini membolehkan The Red Warriors meraih tiga mata dan seterusnya menghangatkan buruan mahkota kejuaraan, musim ini. Pasukan di tangga kedua, Terengganu menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas dan kini mempunyai 31 mata, satu mata di belakang Selangor yang terus mendahului dengan 32 mata.

Kelantan pantas mengatur gerakan sebaik sepak mula dan mendahului pada minit keempat apabila Norshahrul menanduk bola ke kanan gawang menewaskan penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar.

J Category: 
article/latest-news