2016-04-11
MISC-MIFA merampas tangga teratas Kumpulan A tatkala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) kekal mendahului saingan Kumpulan B selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi keenam Piala FAM 2016, semalam.
Di Stadium Mini USIM, Nilai, MISC-MIFA mencatat kemenangan 6-3 ke atas pasukan baharu, DYS FC untuk kini menghuni tempat teratas Kumpulan A dengan jumlah mata yang sama dengan pendahulu sebelum ini, Felcra FC.
Sungai Ara FC pula kekal di tangga ketiga setelah menumpaskan pasukan di tangga kelapan, Megah Murni FC 3-0 di Kompleks Sukan BSN, Bangi untuk mengumpul 12 mata.
Pada satu lagi aksi Kumpulan A, Persatuan Bolasepak Ipoh terpaksa akur berkongsi satu mata setelah diikat Penjara FC 2-2 di Stadium Mini Manjong, Perak.
Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, PKNP FC melebarkan rekod kemenangan selepas menewaskan Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF FC) 3-1 di Stadium Perak, Ipoh untuk terus kekal di tangga teratas dengan 14 mata.
Kelab Bolasepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) berjaya naik ke tangga ketiga setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas pencabar terdekat, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia di Stadium Mini UKM, Bangi.
Kelab Bolasepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB FC) melonjak ke tangga kelima selepas menewaskan MPKB-BRI UBES FC 1-0 di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu manakala Kelab Bolasepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) pula naik ke tangga keenam selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Hanelang FC di Stadium Keningau, Sabah.
FOTO KREDIT: MISC-MIFA
KEPUTUSAN SEMALAM
KUMPULAN A
MEGAH MURNI FC 0
SUNGAI ARA FC 3
Syamil Masdhoki 4’
Khairul Azri Jamal Abdul Haziq 34’
Mohd Saufi Ibrahim 56’
PB IPOH 2
Khairul Anas Safri 82
P Veeran 90
PENJARA FC 2
Zulhelmi Jumai 20’
Muhammad Shahrul Nizam Anuar 30’
MISC-MIFA 6
G Thipenraj 3’ 43’
S Silambarasan 34’
M Youwarasan 64’
Mohd Hazwan Zainun 90+1’
Ash Hameed 90+3’
DYS FC 3
M Youwarasan (gs) 19’
Zainizam Marjan 56’
Billy Doliante 60’
KUMPULAN B
UKM FC 1
Muhd Hadzirun Che Hamid 34’
PB MELAYU MALAYSIA 0
MPKB-BRI UBES FC 0
SAMB FC 1
Shakir Samad 29’
KDMM FC 1
Peter Anthony 26’
HANELANG FC 0
PKNP FC 3
G Mugenthirran 10’
Hamizul Izzaidi Zulkifli 12’
Muhd Shahrel Fikri Mohd Fauzzi 65’
MOF FC 1
Mohd Nizad Ayub 61’