PKNS juara Liga Premier

Selangor PKNS mengesahkan diri sebagai juara Liga Premier musim ini setelah menewaskan Johor 2-0 pada perlawanan bola sepak liga itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat.

PKNS yang masih ada tiga perlawanan berbaki, mengekalkan rentak cemerlang dengan melebarkan pungutan mata di persada liga dengan 51 mata, 12 di hadapan Sarawak dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 19 perlawanan serta hanya bolos 5 gol sepanjang musim ini.

Dalam perlawanan itu, dua gol masing-masing disumbat oleh Ahmad Tarmini Saiban pada minit ke-56 hasil sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan, Mohd Fadhil Hashim dan satu lagi gol disumbat oleh sepakan kencang yang dibuat oleh Mohd Azrif Nasruhaq pada minit ke-72.

J Category: 
article/latest-news