PKNS makin kukuh

PKNS Selangor kini semakin selesa di tangga teratas Liga Perdana. Isnin lalu kelab tersebut menewaskan Sime Darby 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ).

Gol kemenangan diperolehi oleh Mohd Norhisham Hassan yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan itu.

Selepas kemenangan itu, PKNS Selangor kini mempunyai 33 mata, meninggalkan pencabar terdekat Sarawak dengan tujuh mata. Kedua pasukan sudah bermain 13 kali.

J Category: 
article/latest-news