PM2: Pahang, JDT raih kemenangan kedua

Dua finalis musim lalu, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dengan meraih kemenangan kedua berturut pada perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2015, malam tadi.
 
 Juara bertahan, Pahang mudah menewaskan PKNS FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk kini mengungguli saingan Kumpulan D dengan enam mata maksimum diikuti PKNS FC di tangga kedua dengan tiga mata.
 
 PDRM dan Pulau Pinang pula meraih mata sulung selepas kedua-dua pasukan seri 3-3 pada satu lagi aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam.
 
 Juara Liga Super 2015, JDT berjaya menewaskan ATM 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk menguasai tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata tatkala ATM kekal tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.
 
 Perak yang tewas kepada JDT pada aksi pertama bangkit menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Perak, Ipoh untuk mereka kini menyamai jumlah tiga mata diraih Sarawak di tangga kedua.
 
 Terdahulu pada aksi yang berlangsung Jumaat, Kedah tampil garang membelasah Terengganu 5-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk mendahului Kumpulan A dengan empat mata.
 
 Namun jumlah empat mata itu disamakan oleh Lions XII menerusi kemenangan 2-1 ke atas JDT II pada satu lagi aksi Kumpulan A, malam tadi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
 
 Satu lagi aksi yang berlangsung Jumaat menyaksikan Felda United dan Kelantan terus kekal mengungguli carta Kumpulan C dengan empat mata selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
 
 Selangor mengekori di tangga ketiga selepas berjaya menewaskan T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
 
 Seterusnya perlawanan ketiga peringkat kumpulan akan berlangsung pada Sabtu ini.
 
 
KEPUTUSAN:
 
Kumpulan A
 
KEDAH 5
Sandro Da Silva m-52, m-66 (p) & m-82,
Farhan Roslan m-72,
Alif Fadzli m-87
TERENGGANU 0
 
JDT II 1
Nicolas Delmonte m-71
LIONS XII 2
Safuwan Baharudin m-23 & m-89
 
Kumpulan B
 
ATM 2
Abdulafees Abdul Salam m-68 (p),
Jerry Palacios m-90+3 (p)
JDT 3
Marcos Antonio m-9,
Mahalli Jasuli m-27,
Safiq Rahim m-52
 
PERAK 1
Bobby Gonzales m-63
SARAWAK 0
 
Kumpulan C
 
KELANTAN 1
Gilmar Da Silva m-48
FELDA UNITED 1
Syamin Yahya m-63
 
T-TEAM 0
SELANGOR 1
Guilherme De Paula m-51
 
Kumpulan D
 
PKNS FC 0
PAHANG 2
Azammuddin Akil m-59,
Dickson Nwakaeme m-90+2 (p)
 
PDRM 3
Shahruain Abu Samah m-32,
Ashfaq Ali m-43,
Ahmad Nizam Rodzi m-87
PULAU PINANG 3
Azinee Taib m-20 & m-79,
Lee Gil Hoon m-56
J Category: 
uncategorised6