PM3: Pulau Pinang benam juara bertahan

Selepas cemerlang meraih dua kemenangan berturut, juara bertahan, Pahang tewas 4-1 kepada Pulau Pinang pada perlawanan ketiga TM Piala Malaysia 2015 di Stadium Bandaraya, malam tadi.
 
 Namun skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu masih kekal menerajui tangga teratas Kumpulan D dengan 6 mata diikuti Pulau Pinang (4), PKNS FC (3) dan PDRM (1).
 
 Pertemuan PDRM dan PKNS FC hanya akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Isnin ini (28 September).
 
 Sementara itu, Lions XII merampas tangga teratas Kumpulan A selepas menewaskan Terengganu 3-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura untuk mengumpul tujuh mata diikuti Kedah (4), Johor Darul Ta'zim II (1) dan Terengganu (1).
 
 Perlawanan antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim II telah dipinda untuk dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa ini (29 September).
 
 Kumpulan B pula menyaksikan ATM berjaya melonjak ke tangga kedua selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Perak, Ipoh.
 
 Johor Darul Ta'zim masih kekal di tangga teratas dengan enam mata diikuti ATM (3), Sarawak (3) dan Perak (3).
 
 Perlawanan antara Sarawak dan Johor Darul Ta'zim telah dipinda ke 24 Oktober berikutan penglibatan Johor Darul Ta'zim dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFC 2015.
 
 Bagi Kumpulan C, saingan kembali terbuka menerusi keputusan perlawanan malam tadi apabila Kelantan tewas 3-1 kepada T-Team di Kuala Terengganu manakala Selangor terikat 0-0 dengan Felda United di Stadium Shah Alam.
 
 Felda United kekal teratas dengan lima mata diikuti Kelantan (4), Selangor (4) dan T-Team (3).
 
 Perlawanan keempat peringkat kumpulan dijadual berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini sebelum saingan TM Piala Malaysia 2015 berehat dua minggu untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa membabitkan skuad kebangsaan.
 
 
KEPUTUSAN:
 
Kumpulan A
 
LIONS XII 3
Sahil Suhaimi m-35,
Safuwan Baharudin m-53 & m-88
TERENGGANU 2
Paulo Rangel m-4 & m-44
 
Kumpulan B
 
PERAK 0
ATM 2
Jerry Palacios  m-40,
Venice Elphi m-89
 
Kumpulan C
 
SELANGOR 0
FELDA UNITED 0
 
T-TEAM 3
Zulhanizam Shafine m-15 & m-21
Tomislav Busic m-31
KELANTAN 1
Gilmar Da Silva m-87
 
Kumpulan D
 
PULAU PINANG 4
Failee Ghazli m-38 & m-47,
Azinee Taib m-81,
Alberto Goncalves m-84
PAHANG 1
Dickson Nwakaeme m-41
 
J Category: 
uncategorised6