PREVIU PERINGKAT KALAH MATI PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2018 YANG BERMULA SABTU, 8 DISEMBER 2018

2018-12-04

 

Piala Tun Sharifah Rodziah kini kian hampir ke penghujung setelah tamatnya pusingan round robin dengan empat pasukan teratas - Kedah, Melaka, Sabah dan Selangor bakal beraksi di pentas separuh akhir. 

Kedah yang berada di kedudukan pertama peringkat round robin bakal bertemu pasukan di tangga keempat iaitu Selangor di Stadium UiTM, Shah Alam manakala satu lagi separuh akhir bakal menemukan Melaka menentang Sabah di Stadium MMU, Cyberjaya. Kedua-dua separuh akhir bakal berlangsung serentak pada jam 9.00 pagi pada hari Sabtu, 8 Disember 2018.

Selangor menempah tempat ke pusingan separuh akhir dengan mengatasi Pulau Pinang melalui perbezaan jaringan gol setelah kedua-dua pasukan mengumpul 10 mata dari 7 perlawanan. Walaubagaimanapun, mereka harus bangkit dalam pertarungan separuh akhir menentang Kedah nanti apabila tewas 3-0 kepada lawan yang sama dalam pusingan round robin. Selangor juga dalam usaha untuk menambah koleksi 3 kejuaraan sebelum ini namum berdepan tugas berat apabila lawan mereka, Kedah tidak pernah tewas sepanjang musim ini. Sementara itu, Kedah ingin memadam kenangan pahit tahun lepas apabila tewas di peringkat akhir.

 

 

Separuh akhir antara Melaka dan Sabah juga merupakan perlawanan yang harus disaksikan dengan juara 11 kali, Sabah dalam misi untuk meleburkan rekod tanpa kalah Melaka dalam pertandingan kali ini. Pertemuan antara kedua-dua pasukan ini dijangka sengit apabila mereka hanya dipisahkan dengan 1 mata dalam pusingan round robin. Perlawanan round robin yang membabitkan kedua-dua pasukan ini juga berakhir dengan keputusan seri 1-1. 

 

 

Piala Tun Sharifah Rodziah pada tahun ini bakal menampilkan juara baharu, apabila pasukan Sarawak yang merupakan penyandang juara, tidak bertanding pada edisi kali ini. 

Perlawanan akhir (4.00 petang) dan perlawanan tempat ketiga (9.00 pagi) dijadualkan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada hari Ahad, 9 Disember 2018.

 

Keputusan Round Robin yang Melibatkan Keempat-empat Pasukan yang Layak ke Peringkat Separuh Akhir

KEDAH (Menang 6, Seri 1)

(M) 9-0 PBMM

(M) 5-0 ATM

(M) 3-0 SELANGOR

(M) 1-0 SABAH

(S) 2-2 MELAKA

(M) 9-0 NEGERI SEMBILAN

(M) 1-0 PULAU PINANG

 

MELAKA (Menang 5, Seri 2)

(M) 4-0 PULAU PINANG

(M) 7-1 PBMM

(M) 1-0 ATM

(M) 10-1 SELANGOR

(S) 2-2 KEDAH

(S) 1-1 SABAH

(M) 2-0 NEGERI SEMBILAN

 

SABAH (Menang 5, Seri 1, Kalah 1)

(M) 11-0 NEGERI SEMBILAN

(M) 4-0 SELANGOR

(M) 6-0 PULAU PINANG

(K) 0-1 KEDAH

(M) 8-0 PBMM

(S) 1-1 MELAKA

(M) 2-0 ATM

 

SELANGOR (Menang 3, Seri 1, Kalah 3)

(M) 2-0 ATM

(K) 0-2 SABAH

(K) 0-3 KEDAH

(K) 1-10 MELAKA

(M) 7-1 NEGERI SEMBILAN

(S) 1-1 PULAU PINANG

(M) 5-0 PBMM