2016-03-01
Saingan bawah 21 tahun (B-19) kebangsaan, Piala Presiden 2016 bakal membuka tirainya pada Khamis ini, 3 Mac 2016 menampilkan penyertaan sebanyak 20 buah pasukan dengan lima perlawanan Kumpulan A dan lima perlawanan Kumpulan B.
Juara bertahan, Kelantan kendalian Hashim Mustapha, 50, bekas jurulatih MOF FC musim lalu mengetuai Kumpulan A manakala naib juara musim lalu, Pulau Pinang yang kini dibimbing Kamal Kalid, 58, mengetuai Kumpulan B.
Menariknya saingan Piala Presiden musim ini, tiga pasukan menampilkan jurulatih asing sebagai pengendali pasukan.
Bekas penyerang import Johor era 1990-an, Ervin Boban, 51, dari Croatia menjadi jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) III; Ian Gillan, 51, dari Australia mengendalikan pasukan Kedah manakala Fuad Grbesic, 58, dari Bosnia bergelar pengemudi skuad Sarawak.
Beberapa bekas pemain turut kini tampil menjadi jurulatih skuad B-21 antaranya Roshadi Wahab, 39, sebagai jurulatih Terengganu; Ahmad Fairuz Mohd Yunus, 44, (Negeri Sembilan); Sazali Saidun, 48, (Felda United); Ridzuan Abu Shah, 42, ( PKNS FC) serta Mohd Nafuzi Zain, 38, yang mengemudi T-Team selepas membawa Kelantan muncul juara musim lalu menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada final di Stadium Bandaraya.
Selain itu, antara jurulatih lain yang ‘beraksi’ di Piala Presiden musim ini ialah bekas penolong jurulatih Harimau Muda C, Suhaimi Ismail, 47, selaku jurulatih Kuala Lumpur; G Torayraju, 60, (Melaka); Fuz Zemi Ibrahim, 58, (Pahang); Mohd Ishak Kunju Mohamad, 44, (PDRM); Justin Ganai, 60, (Sabah) dan Omar Ali, 56, (Selangor).
Kesemua perlawanan sulung yang bakal berlangsung Khamis ini, sepak mulanya jam 4.45 petang kecuali aksi Sabah bertemu PKNS FC di Stadium Likas, 4.15 petang.
JADUAL PIALA PRESIDEN 2016
HARI PERLAWANAN 1
KHAMIS, 3 MAC 2016
KUMPULAN A
TERENGGANU lwn KELANTAN
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, 4.45 petang
JOHOR DARUL TA'ZIM III lwn SARAWAK
Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, 4.45 petang
UiTM FC lwn PERLIS
Stadium UiTM, Shah Alam, 4.45 petang
NEGERI SEMBILAN lwn ATM
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 4.45 petang
KEDAH lwn FELDA UNITED
Stadium Mini UUM, Sintok, 4.45 petang
KUMPULAN B
SELANGOR lwn PULAU PINANG
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 4.45 petang
SABAH lwn PKNS FC
Stadium Likas, Kota Kinabalu, 4.15 petang
PDRM lwn MELAKA
Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur, 4.45 petang
KUALA LUMPUR lwn T-TEAM
Stadium UKM, Bangi, 4.45 petang
PAHANG lwn PERAK
Padang Majlis Daerah Rompin, Muadzam Shah, 4.45 petang