PREVIU PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2018 YANG BERMULA SABTU, 3 NOVEMBER 2018

2018-10-30

Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 - kejohanan bola sepak wanita di Malaysia kini semakin hampir dengan aksi minggu pertama dijadualkan bermula Sabtu ini, 3 November 2018.

Edisi tahun ini menyaksikan kejohanan tersebut berlangsung secara liga sepusingan.

Sebanyak 8 pasukan – ATM, Selangor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, PBMM dan Sabah akan beraksi dalam tujuh perlawanan sepanjang bulan November ini. Empat pasukan teratas selepas tujuh perlawanan akan layak ke peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Disember 2018.

Venue yang telah ditetapkan untuk semua perlawanan Piala Tun Sharifah Rodziah tahun ini adalah di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang.

Pada perlawanan akhir tahun lalu, Sarawak memenangi kejuaraan pertama mereka dengan mengalahkan Kedah 1-0. Walau bagaimanapun, Sarawak tidak akan bersaing pada musim ini.

Untuk rekod, Sabah adalah pasukan yang paling berjaya sejak Piala Tun Sharifah Rodziah diperkenalkan pada tahun 1976 dengan 11 kejuaraan di genggam mereka.

Jadual pertandingan adalah seperti berikut: