Red Giants tewas

Juara bertahan, Selangor tewas 1-2 di tangan T-Team dan kekalahan ini memberi ruang kepada Kelantan merampas kembali takhta Liga Super setelah mengalahkan Felda United 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Khamis.

Dengan kemenangan ini Kelantan atau Red Warriors kini menjadi peneraju liga dengan kelebihan satu mata, selepas mengumpul 43 mata daripada 20 perlawanan.

Minggu lalu Selangor mengalami kekecewan apabila terkeluar daripada persaingan Piala FA berikutan kekalahan agregat 2-6 kepada Kelantan di peringkat separuh akhir. Kelantan akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, 11 Jun ini.

J Category: 
article/latest-news