Rombongan IPG lawat Wisma FAM

Satu rombongan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Wisma FAM, pagi Khamis.

Rombongan seramai 38 pelajar itu adalah pelajar-pelajar semester lima dari Fakulti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mereka diketuai oleh Pensyarah, Encik Santharan S. Arumugam.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Azzuddin Ahmad menyatakan bahawa FAM sentiasa mengalu-alukan rombongan-rombongan yang ingin melawat dan mengenali FAM dengan lebih dekat lagi.

J Category: 
article/latest-news