Sarawak Juara Liga Perdana 2013

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Sarawak mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini menjadi milik mereka selepas membelasah Kuala Lumpur, 4-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, Isnin.

Kemenangan ke-17 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad 'Ngap Sayot' bimbingan Robert Albert itu membolehkan mereka mengumpul 55 mata, berkelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat, Sime Darby FC dengan saingan liga berbaki satu perlawanan. Kekalahan itu pula menyaksikan Kuala Lumpur diturunkan beraksi dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), musim depan bersama wakil kelab Negeri Sembilan, Betaria FC selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.

J Category: 
article/latest-news