
2018-02-01
Berikut 14 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei bermula hari ini, 1 Februari hingga 11 Februari 2018.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
MOHD FIRDAUS RAZALI |
34 |
GK |
SELANGOR UNITED MPSJ |
2. |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
22 |
ALA |
SELANGOR UNITED MPSJ |
3. |
MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI |
21 |
FIX |
SELANGOR UNITED MPSJ |
4. |
ABU HANIFFA HASAN |
27 |
FIX |
MELAKA |
5. |
SAIFUL AULA AHMAD |
26 |
ALA |
MELAKA |
6. |
SAIFUL NIZAM MOHD ALI |
27 |
PIVOT |
MELAKA |
7. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
21 |
FIX |
PERAK |
8. |
MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI |
20 |
ALA |
PERAK |
9. |
MUHAMMAD NURASYRAAF MOHD AZLE |
20 |
ALA |
KL CITY FC |
10. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
24 |
PIVOT |
SABAH |
11. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
31 |
PIVOT |
SKN FC KEBUMEN |
12. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
26 |
FIX |
FELDA UNITED |
13. |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
31 |
GK |
KL MARCERRA UNITED |
14. |
YAZID KAMARUZUAN |
26 |
ALA |
KUANTAN RANGERS FC |
Chun Yong mengekalkan 11 daripada 14 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City, Vietnam pada awal November lalu selepas tewas tipis 4-3 kepada juara bertahan, Thailand pada final.
Tiga pemain dari skuad berkenaan yang tiada dalam senarai kali ini ialah Azri Rahman (Felda United), Akmarulnizam Idris (Kuantan Rangers FC) dan Awaluddin Hasan (Melaka).
Sebagai ganti, Chun Yong telah membawa masuk tiga pemain baharu iaitu Muhammad Aidil Shahril Rosli (Selangor United MPSJ), Saiful Aula Ahmad (Melaka) dan Muhammad Nurasyraaf Mohd Azle (KL City FC).
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A bakal memulakan kempen berdepan Vietnam pada jam 4.30 petang ini diikuti bertemu pasukan tuan rumah, Chinese Taipei pada 3 Februari (7.00 malam), kedua-duanya di Xinzhuang Gymnasium, Taipei City sebelum aksi terakhir bertemu Bahrain pada 5 Februari (7.00 malam) di University of Taipei Gymnasium, Taipei City.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan kemudian akan mara ke suku akhir yang dijadual berlangsung pada 8 Februari, disusuli aksi separuh akhir pada 9 Februari dan final pada 11 Februari.
Andai Malaysia berjaya melangkah ke suku akhir, lawan yang bakal ditemui adalah dari Kumpulan B iaitu naib juara empat kali termasuk pada edisi 2016, Uzbekistan; juara tiga kali, Jepun; pasukan yang layak ke suku akhir edisi 2007, Tajikistan atau naib juara edisi sulung 1999, Korea Selatan.
Sementara itu, dua lagi kumpulan menyaksikan juara 11 kali yang juga bertahan, Iran diundi dalam Kumpulan C bersama Iraq, China dan pasukan yang layak pertama kali, Myanmar manakala Kumpulan D pula menampilkan jaguh Asia Tenggara yang juga naib juara dua kali pada 2008 dan 2012, Thailand diletakkan bersama Kyrgyzstan, Lebanon dan Jordan.
Untuk rekod, sepanjang penyertaan pada 11 daripada 14 edisi sebelum ini, kesemuanya Malaysia kandas seawal peringkat kumpulan termasuk sewaktu edisi sebelum ini di Uzbekistan pada 2016 apabila skuad kendalian Marcelo Serpa ketika itu sekadar menghuni tangga keempat Kumpulan D tanpa sebarang mata selepas tewas kepada Australia 2-1, Jepun 11-1 dan Qatar 6-2.