2017-02-22
Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita Harimau Malaysia yang baharu, Muizzudin Mohd Haris untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 4 skuad futsal wanita kebangsaan bermula 27 Februari ini (Isnin).
Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017. Muizzudin baru saja dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu menggantikan Mohd Fairuz Mohd Noor. Jurulatih berusia 33 tahun itu akan dibantu oleh penolong jurulatih iaitu Azman Soaibah dan jurulatih penjaga gol, S Devandran.
BIL. |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
SITI ASNIDAH ZAMRI |
18 |
FELDA UNITED |
2. |
ZUR’AIN KAMARUDIN |
20 |
FELDA UNITED |
3. |
NOR FAIZAH MD AKHIR |
22 |
FELDA UNITED |
4. |
FARAHIYAH MUHD RIDZUAN |
24 |
FELDA UNITED |
5. |
NORHAWA MD YASIN |
24 |
FELDA UNITED |
6. |
NUR SHAZREEN MUNAZLI |
24 |
FELDA UNITED |
7. |
HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN |
25 |
FELDA UNITED |
8. |
FATIN SHAHIDA AZMI |
26 |
FELDA UNITED |
9. |
MASYITA MOHD TAJIB |
28 |
FELDA UNITED |
10. |
ZAWANI NISHA HABIB RAHMAN |
28 |
FELDA UNITED |
11. |
FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ |
29 |
FELDA UNITED |
12. |
NUR IZZATI KHAIRUDIN |
29 |
FELDA UNITED |
13. |
AMIRAH SARAH MOHD FAHMI |
27 |
KUALA LUMPUR |
14. |
SITY NORAZIZAH JAMAL |
27 |
KUALA LUMPUR |
15. |
STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH |
29 |
KUALA LUMPUR |
16. |
INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI |
18 |
PERAK |
17. |
NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID |
23 |
PERAK |
18. |
NUR AISYAH MOHD TAHIR |
25 |
PERAK |
19. |
NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI |
25 |
PERAK |
20. |
NURAIIN SHAFIKA OMAR |
26 |
PERAK |
Sementara itu, lima pemain – Nur Izwani Azman (Felda United), Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Perak), Noor Asyikin Mohamad Noor (PDRM), Naziratul Amira Ahmad Nasri (Kuala Lumpur) dan Fasrina Amira Abdullah (Kuala Lumpur) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.
Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 27 Februari hingga 8 Mac depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD WANITA FUTSAL HARIMAU MALAYSIA, MUIZZUDIN MOHD HARIS
“Soal perubahan jawatan sebagai ketua jurulatih baharu tidak menjadi perhatian penting bagi saya, fokus utama adalah pasukan. Secara peribadi, sasaran saya untuk Sukan SEA tahun ini ialah untuk ke perlawanan akhir.
“Dibantu oleh penolong-penolong jurulatih yang berpengalaman, Azman Soaibah yang pernah mengendali skuad futsal lelaki Sabah dan bekas penjaga gol futsal kebangsaan, S Devandran, saya yakin insyaAllah dapat membentuk sebuah pasukan yang kuat.
“Setelah membuat pemerhatian pada sirkit 1 Liga Futsal Kebangsaan dua minggu lepas, saya ada memanggil tiga pemain baharu - Intan Sarah Zulgafli (Perak), Nur Aisyah Tahir (Perak) dan Masyita Tajib (Felda United). Acuan saya bagi senarai pemain kali ini adalah campuran pemain muda dan juga pemain berpengalaman.
“Kita ada mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan bagi kem latihan pusat ini berkemungkinan menentang pasukan futsal lelaki B-16 tahun.”