SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL KEBANGSAAN (OKTOBER 2019)

2019-09-26

Berikut senarai 20 pemain yang telah dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa, 1 Oktober 2019 sebagai persiapan fasa akhir bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

ABU HANIFFA HASAN

28

PAHANG

2.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

32

PAHANG

3.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

28

PAHANG

4.

MOHD AZWANN ISMAIL

27

PAHANG

5.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

19

PAHANG

6.

MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH

28

PAHANG

7.

ZAINAL ABIDIN HAMZAH

21

PAHANG

8.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

23

SELANGOR

9.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

25

SELANGOR

10.

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

28

SELANGOR

11.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

32

SELANGOR

12.

MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD

32

SELANGOR

13.

MOHD RIDZWAN BAKRI

25

PERAK

14.

MOHD AWALLUDIN MAT NAWI

21

PERAK

15.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

22

PERAK

16.

MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN

22

PERAK

17.

MUHAMMAD SAAD SANI

21

MELAKA

18.

MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN

19

MELAKA

19.

MOHAMAD DANIAL ABDUL DAIN

23

MELAKA

20.

MUHAMMAD AWALUDDIN HASAN

28

MELAKA

 

Chun Yong memanggil tiga pemain baharu berbanding senarai panggilan kem latihan pusat terdahulu pada September 2019 iaitu Zainal Abidin Hamzah (Pahang), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak) dan penjaga gol, Muhammad Syawal Sabaruddin (Perak).

Mereka menggantikan tempat penjaga gol, Syahman Idris (Melaka), Muhammad Aidil Shahril Rosli (Perak) dan Muhammad Akmal Hakimi Mohd Naim (Selangor) yang tiada dalam senarai 20 pemain dipanggil kali ini.

Bagaimanapun nama Syahman dan Aidil Shahril berada dalam kalangan lima pemain bagi senarai bersedia (jika mana-mana 20 pemain yang dipanggil mengalami kecederaan) bersama tiga pemain lain iaitu Muhamad Zakry Asraf Roslan (Perak), Shah Azman Ekmal Saleh (Kuala Lumpur) dan Muhammad Azamuddin Hassan (Kuala Lumpur).

Bagi kem latihan pusat fasa akhir ini, para pemain akan berlatih selama tiga hari di Wisma FAM sebelum 16 pemain yang terpilih berlepas ke Shanghai, China pada 4 Oktober 2019 bagi menghadapi kejohanan jemputan empat penjuru ‘CFA International Futsal Tournament 2019’ di Changshu Sports Centre, Changshu City, China.

Malaysia dijadual bertemu Maghribi pada 6 Oktober, Denmark pada 7 Oktober dan tuan rumah China pada 8 Oktober 2019.

Selepas kembali ke tanah air pada 9 Oktober, para pemain akan menyambung kem latihan di Wisma FAM dan seterusnya menghadapi pula dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu New Caledonia pada 14 dan 16 Oktober 2019 di Kompleks Sukan Panasonis, Shah Alam.

Barisan akhir 14 pemain kemudian akan terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 19 Oktober bagi menghadapi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen bertemu Indonesia pada 21 Oktober 2019, Australia pada 22 Oktober dan tuan rumah, Vietnam pada 23 Oktober 2019.

Kumpulan A pula dibarisi juara bertahan Thailand, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste.

Aksi separuh akhir dijadual pada 25 Oktober 2019 disusuli perlawanan penentuan tempat ketiga dan final pada 27 Oktober 2019.

Kejohanan ini turut menjadi saingan kelayakan ke Kejuaraan Futsal AFC 2020 yang mana tiga pasukan terbaik akan menjadi wakil Zon ASEAN ke pusingan akhir tersebut yang dijadual berlangsung di Turkmenistan dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020.