SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL KEBANGSAAN (SEPTEMBER 2019)

2019-08-29

Berikut senarai 20 pemain yang telah dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 1 September 2019 hingga 30 September 2019 sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

23

SELANGOR

2.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

25

SELANGOR

3.

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

28

SELANGOR

4.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

32

SELANGOR

5.

MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD

32

SELANGOR

6.

MUHAMMAD AKMAL HAKIMI MOHD NAIM

23

SELANGOR

7.

ABU HANIFFA HASAN

28

PAHANG

8.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

32

PAHANG

9.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

28

PAHANG

10.

MOHD AZWANN ISMAIL

27

PAHANG

11.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

19

PAHANG

12.

MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH

28

PAHANG

13.

MUHAMMAD SAAD SANI

21

MELAKA

14.

MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN

19

MELAKA

15.

SYAHMAN IDRIS

30

MELAKA

16.

MOHAMAD DANIAL ABDUL DAIN

23

MELAKA

17.

MUHAMMAD AWALUDDIN HASSAN

28

MELAKA

18.

MOHD RIDZWAN BAKRI

25

PERAK

19.

MOHD AWALLUDIN MAT NAWI

21

PERAK

20.

MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

22

PERAK

 

Chun Yong memanggil tiga pemain baharu berbanding senarai panggilan kem latihan pusat terdahulu dari 7 hingga 11 Julai 2019, iaitu Muhammad Akmal Hakimi Mohd Naim (Selangor) serta Mohamad Danial Abdul Dain dan Muhammad Awaluddin Hassan (Melaka).

Mereka menggantikan tempat Muhammad Iqbal Aikal Mohd Noor (Pahang), Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur) dan Iqhmal Najmie Ismail (Pulau Pinang) yang tiada dalam senarai 20 pemain dipanggil kali ini.

Bagaimanapun nama Muhammad Iqbal Aikal dan Mulhim Muqri berada dalam kalangan empat pemain untuk senarai bersedia (jika mana-mana pemain dipanggil mengalami kecederaan) bersama dua pemain lain iaitu Muhammad Asraf Roslan dan Muhammad Syawal Sabaruddin (Perak).

Bagi kem latihan pusat kali ini, para pemain akan berlatih selama empat hari di Wisma FAM sebelum berlepas ke Chengdu City, China pada 5 September 2019 bagi menghadapi kejohanan jemputan empat penjuru ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019’.

Malaysia dijadual bertemu Mexico pada 7 September, tuan rumah China pada 8 September dan Myanmar pada 10 September 2019.

Selepas kembali ke tanah air pada 11 September, para pemain akan dikumpulkan semula untuk empat hari latihan di Wisma FAM dari 16 hingga 19 September dan seterusnya lapan hari latihan dari 23 hingga 30 September 2019.

Mereka bagaimanapun akan menyertai pasukan masing-masing untuk perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 pada setiap hujung minggu dalam tempoh berkenaan.

Bagi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 nanti, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Vietnam, Australia dan Indonesia manakala Kumpulan A dibarisi juara bertahan Thailand, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste.

Malaysia akan membuka kempen bertemu Indonesia pada 21 Oktober 2019, Australia pada 22 Oktober dan Vietnam pada 23 Oktober 2019. Aksi separuh akhir pada 25 Oktober 2019 disusuli perlawanan penentuan tempat ketiga dan final pada 27 Oktober 2019.

Kejohanan ini turut menjadi saingan kelayakan ke Kejuaraan Futsal AFC 2020 yang mana tiga pasukan terbaik akan menjadi wakil Zon ASEAN ke pusingan akhir tersebut yang dijadual berlangsung di Turkmenistan dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020.