SENARAI 23 PEMAIN KE KELAYAKAN KEJUARAAN B-19 AFC 2016 DI CHINA

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras ke saingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Jiangsu, China dari 2 hingga 6 Oktober ini.

 Seramai 17 pemain dari skuad Harimau Muda C, empat pemain dari Frenz United – Muhammad Izaffiq Ruzi, Mohammad Amirul Muhamad, Muhammad Danial Amier Norhisham dan Mohd Aizat Mukhlis Mohamad Yazir serta  masing-masing seorang pemain dari Real Mulia FC – Al Barilan Shahul Hameed atau lebih dikenali sebagai Ash Hameed dan  pemain tengah T-Team, Muhammad Safawi Rasid.

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

1

MUHAMMAD HAZRULL HAFIZ ZULKIFLY

18 TAHUN

PENJAGA GOL

2

DAMIEN LIM CHIEN KHAI

18 TAHUN

PENJAGA GOL

3

MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL

17 TAHUN

PERTAHANAN

4

MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM

18 TAHUN

PERTAHANAN

5

MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN

18 TAHUN

PERTAHANAN

6

MUHAMMAD NAZIRUL AFIF IBRAHIM

18 TAHUN

PERTAHANAN

7

MOHAMAD RAMADHAN JALIL

17 TAHUN

PERTAHANAN

8

R DINESH

17 TAHUN

PERTAHANAN

9

MUHAMMAD IZAFFIQ RUZI

18 TAHUN

PERTAHANAN

10

MOHAMMAD AMIRUL MUHAMAD

18 TAHUN

PERTAHANAN

11

DOMINIC TAN JUN JIN

18 TAHUN

TENGAH

12

MUHAMAD RIZALUL AZUWAN SUPANDRI

18 TAHUN

TENGAH

13

MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL MD ADNAN

17 TAHUN

TENGAH

14

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

17 TAHUN

TENGAH

15

MUHAMMAD SHAH AMIRUL MOHD ZAMRI

17 TAHUN

TENGAH

16

MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

18 TAHUN

TENGAH

17

AL BARILAN SHAHUL HAMEED

17 TAHUN

TENGAH

18

MUHAMMAD SAFAWI RASID

18 TAHUN

TENGAH

19

MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

18 TAHUN

PENYERANG

20

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

18 TAHUN

PENYERANG

21

BADRUL AMIN RUSALAN

18 TAHUN

PENYERANG

22

MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH

18 TAHUN

PENYERANG

23

MOHD AIZAT MUKHLIS MOHAMAD YAZIR

18 TAHUN

PENYERANG

 Dua pemain yang beraksi pada Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos, Ogos lalu iaitu M Kogileswaran Raj dan S Thipanraj terpaksa diketepikan kali ini oleh Hassan Sazali kerana kecederaan yang dialami pada aksi pemanas badan terakhir bertemu UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi yang menyaksikan skuad B-19 negara menang 3-0.

 Skuad B-19 negara berlepas ke China, hari ini dan berikut jadual perlawanan bagi saingan Kumpulan I, Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 Stadium Pusat Sukan Huai'an, Jiangsu, China:

 

2 OKTOBER (JUMAAT)

Korea Utara lwn Macau, 3.30ptg

MALAYSIA lwn China, 7.35mlm

 

4 OKTOBER (AHAD)

MALAYSIA lwn Korea Utara, 3.30ptg

Macau lwn China, 7.35mlm

 

6 OKTOBER (SELASA)

MALAYSIA lwn Macau, 3.30ptg

Korea Utara lwn China, 7.35mlm

 

KOMEN JURULATIH SKUAD B-19 MALAYSIA, HASSAN SAZALI WARAS

“Kogileswaran dan Thipanraj mengalami kecederaan pada perlawanan malam tadi. Kogileswaran kena pada kecederaan lamanya di bahagian buku lali manakala Thipanraj disahkan mengalami kecederaan hamstring selepas pemeriksaan doktor.

 “Jadi memandangkan tempoh ketiga-tiga perlawanan berlangsung adalah selang dua hari dan perlawanan pertama bertemu China adalah pada Jumaat ini, saya tidak mahu mengambil risiko dan hanya membawa pemain yang benar-benar cergas dan bebas kecederaan.

 “Apa pun R Dinesh kembali dalam pasukan selepas dia tidak dibawa ke Kejuaraan B-19 AFF 2015, bulan lalu akibat kecederaan selain kali ini saya turut menyenaraikan empat pemain dari Frenz United serta seorang pemain dari Real Mulia FC dan T-Team bagi memperkuatkan pasukan.

 “Pada Kejuaraan B-19 AFF 2015,kita dapati kelemahan kita di barisan pertahanan dan sebab itu saya membawa masuk beberapa pemain pertahanan baharu selain kehadiran Mohd Aizat dari Frenz United yang mampu memberi saya pilihan jika penyerang utama mengalami kecederaan.”

J Category: 
uncategorised8