SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA AKHIR SKUAD HARIMAU MALAYA B-17 MENJELANG PIALA ASIA B-17 2023 DI THAILAND

2023-05-17

Berikut senarai 26 pemain yang telah dipanggil ketua jurulatih skuad B-17 kebangsaan, Osmera Omaro bagi kem latihan pusat dan pemilihan Fasa Akhir bermula Ahad ini, 21 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 sebagai persiapan menjelang Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.

 

NO.

NAMA

PASUKAN

1

ALIFF AIMAN RAZALI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

2

FARISH FARHAN ZALANI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

3

SYAZRUL HAZIQ ZAINUDDIN

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

4

DON DAMIEN DERWIN

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

5

FARIS DANISH ASRUL

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

6

AFIQ DANISH HASNIRUDDIN

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

7

AFIQ DANISH ZULKIFLI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

8

AIMAN YUSUF NABIL

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

9

AISY AL-HAKIM HASNIZAM

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

10

ZAINURHAKIMI ZAIN AZRAII

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

11

AQIM HAZMI HASMADI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

12

DANISH ISKANDAR MARZIZUL

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

13

AFIQ HAKIMI MAHAT

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

14

ANJASMIRZA SAHARUDIN

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

15

NABIL FITRI MUSTAFFA

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

16

MULIA HAIRI MULIASUGEHARTO

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

17

RAJA NORFIRDAUS RAJA M. NOR

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

18

RYAN FAHREEN RADZI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

19

DAINEI MAT DISA

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

20

ADAM MIKAEEL SHAHRIZAN

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

21

AHMAD DANIAL RAZALI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

22

DANISH DARUS

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

23

ARAMI WAFIY ZAKIMI

AKADEMI MOKHTAR DAHARI

24

EZAWI AZMAN ABDULLAH

JOHOR DARUL TA’ZIM IV

25

ADIB IBRAHIM ADNAN

JOHOR DARUL TA’ZIM IV

26

AMMAR SHAUQI AZRI

JOHOR DARUL TA’ZIM IV

 

Seramai 20 daripada 25 pemain yang dibawa ke Doha, Qatar ketika kem latihan pusat Fasa 2 pada April lalu dikekalkan bagi kem latihan pusat Fasa Akhir ini dengan tambahan enam pemain dari kem latihan pusat Fasa 1 pada Februari lalu yang kembali tersenarai.

Enam pemain tersebut ialah Dainei Mat Disa, Adam Mikaeel Shahrizan, Ahmad Danial Razali, Danish Darus, Arami Wafiy Zakimi dan Ammar Shauqi Azri.

Skuad kendalian Osmera itu akan memulakan kem latihan pusat Fasa Akhir ini di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang dari 21 hingga 30 Mei ini sebelum meneruskan kem latihan pusat tersebut di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 31 Mei 2023.

Di sepanjang tempoh itu nanti, beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa telah diatur sebelum skuad B-17 kebangsaan dijadual berlepas ke Bangkok pada 12 Jun 2023 untuk menghadapi Piala Asia B-17 2023.

Bagi saingan pusingan akhir itu nanti, Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen bertemu Yemen di Stadium Thammasat pada Khamis, 15 Jun 2023 diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Thailand di Stadium Pathum Thani pada Ahad, 18 Jun 2023 dan aksi terakhir kumpulan menentang Laos di Stadium Thammasat pada Rabu, 21 Jun 2023.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke Suku Akhir pada 25 dan 26 Jun, seterusnya Separuh Akhir pada 29 Jun dan Final dijadual berlangsung pada 2 Julai 2023.

Empat pasukan terbaik iaitu empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Asia B-17 2023 ini akan layak ke Piala Dunia B-17 2023 yang dijadual berlangsung pada November depan.

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 17 Mei 2023