SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG AKSI BERTEMU JORDAN, INDONESIA & UAE

2019-08-19

Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini, 25 Ogos 2019.

Ia bagi persiapan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Ogos 2019 (Jumaat) dan seterusnya dua aksi awal Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019 (Khamis) dan bertemu UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 September 2019 (Selasa).

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD FARIZAL MARLIAS

33

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

ADAM NOR AZLIN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

LA’VERE CORBIN-ONG

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

22

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

22

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

20

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

24

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

AHMAD HAZWAN BAKRI

28

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

SHAHRUL MOHD SAAD

26

PERTAHANAN

PERAK

10.

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

25

PENYERANG

PERAK

11.

MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

26

PENJAGA GOL

PERAK

12.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

26

PERTAHANAN

PERAK

13.

BRENDAN GAN

31

TENGAH

PERAK

14.

J. PARTIBAN

27

SAYAP

PERAK

15.

MATTHEW DAVIES

24

PERTAHANAN

PAHANG

16.

MOHAMADOU SUMAREH

25

SAYAP

PAHANG

17.

MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

24

TENGAH

PAHANG

18.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

33

PENYERANG

PAHANG

19.

MOHD FAIZ MOHD NASIR

27

TENGAH

SELANGOR

20.

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

21

PERTAHANAN

SELANGOR

21.

MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

26

TENGAH

PKNS FC

22.

MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

22

PENYERANG

PKNS FC

23.

MUHAMMAD HADIN AZMAN

25

SAYAP

FELDA UNITED

24.

MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

22

TENGAH

FELDA UNITED

25.

MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

23

PENJAGA GOL

KEDAH

26.

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

24

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

27.

DOMINIC TAN JUN JIN

22

PERTAHANAN

POLICE TERO FC

 

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan 18 pemain dari skuad 23 pemain yang membantu skuad Harimau Malaya menyingkirkan Timor-Leste menerusi agregat 12-2 pada aksi timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menerusi kemenangan 7-1 pada aksi di tempat sendiri pada 7 Jun 2019 dan kemenangan 5-1 pada aksi tempat lawan pada 11 Jun 2019, kedua-duanya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ia menyaksikan lima pemain digugurkan Cheng Hoe untuk panggilan kali ini iaitu Syazwan Andik Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syazwan Zainon (Selangor), Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).

Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 27 pemain yang dipanggil kali ini, Cheng Hoe telah menyenaraikan sembilan pemain baharu termasuk penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini terpaksa diketepikan pada panggilan skuad kebangsaan, Jun lalu kerana kecederaan.

Baki tujuh pemain baharu lain pula terdiri daripada tiga pemain Perak – Brendan Gan, J Partiban dan Nazirul Naim Che Hashim, dua pemain Felda United – Hadin Azman dan Danial Amier Norhisham serta Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).

Sementara, lima pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat mana-mana dalam kalangan 27 pemain dipanggil itu mengalami kecederaan iaitu penjaga gol Khairulazhan Khalid (Selangor), Amirul Azhan Aznan (Perak), Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin (Sabah) serta Syazwan Andik.

Selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 30 Ogos 2019, Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain untuk dibawa ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia pada 5 September 2019 dan seterusnya pulang semula ke tanar air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September 2019.