
2022-05-02
Berikut senarai akhir 16 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Jamhuri Zainuddin untuk membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 15 hingga 19 Mei 2022 yang mana Malaysia akan bersaing dengan tiga pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam dan Myanmar selepas Indonesia menarik diri.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
SITY NORAZIZAH JAMAL |
32 |
MELAKA |
2. |
HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN |
30 |
MELAKA |
3. |
INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI |
23 |
MELAKA |
4. |
SITI ASNIDAH ZAMRI |
23 |
MELAKA |
5. |
HANANI ADRIANA SHAMSUL AZIZAN |
27 |
MELAKA |
6. |
NUR SYAFIQAH ZAINAL ABIDIN |
21 |
MELAKA |
7. |
NUR LYANA SOBERI |
23 |
MELAKA |
8. |
NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID |
28 |
SELANGOR MBSJ |
9. |
NORHAWA MD YASIN |
29 |
SELANGOR MBSJ |
10. |
FATIN SHAHIDA AZMI |
31 |
SELANGOR MBSJ |
11. |
NUR SHAZREEN MUNAZLI |
29 |
SELANGOR MBSJ |
12. |
SHEREILYNN ELLY PIUS |
31 |
SABAH |
13. |
USLIZA USMAN |
27 |
SABAH |
14. |
MASTURAH MAJID |
32 |
SABAH |
15. |
HAINDEE MOSROH |
29 |
SABAH |
16. |
NUR AINSYAH MURAD |
19 |
KL PREFER-CYBERLYNX |
Mereka dijadual terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada Selasa, 3 Mei 2022 bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana sebelum terbang ke Hanoi pada Ahad, 8 Mei 2022 bagi menghadapi aksi sebenar Sukan SEA 2021 yang mana acara futsal wanita akan dijalankan secara format liga sepusingan.
Berikutan penarikan diri pasukan Indonesia, penganjur telah mengubah jadual perlawanan baharu yang mana Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada Ahad, 15 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia), diikuti aksi kedua menentang tuan rumah, Vietnam pada Selasa, 17 Mei 2022, jam 5.00 petang (waktu Malaysia) dan perlawanan terakhir bertemu Myanmar pada Khamis, 19 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia).
Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam.
Sebagai rekod pencapaian, skuad futsal wanita negara berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2013 di Myanmar tetapi sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Acara futsal wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2019 di FIlipina.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 2 Mei 2022