
2022-05-06
Berikut senarai akhir 20 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney untuk membawa cabaran negara bagi acara Bola Sepak Lelaki pada Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 6 hingga 22 Mei 2022 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI |
21 |
SELANGOR FC |
2. |
AHMAD ZIKRI MOHD KHALILI |
20 |
SELANGOR FC |
3. |
MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI |
20 |
SELANGOR FC |
4. |
QUENTIN CHENG JIUN-HO |
23 |
SELANGOR FC |
5. |
HARITH HAIQAL ADAM AFKAR |
20 |
SELANGOR FC |
6. |
AHMAD DANIAL AHMAD ASRI |
22 |
SELANGOR FC |
7. |
MUHAMAD SYAHIR BASHAH |
21 |
SELANGOR FC |
8. |
MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR |
19 |
SELANGOR FC 2 |
9. |
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT |
23 |
TERENGGANU FC |
10. |
MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD |
21 |
TERENGGANU FC |
11. |
MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL |
22 |
TERENGGANU FC |
12. |
MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT |
22 |
TERENGGANU FC |
13. |
MUHAMMAD NUR AZFAR FIKRI AZHAR |
22 |
TERENGGANU FC II |
14. |
MUHAMMAD SAFWAN MAZLAN |
20 |
TERENGGANU FC II |
15. |
MUHAMMAD AZRI AB GHANI |
23 |
KUALA LUMPUR CITY FC |
16. |
LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN |
20 |
KV KORTRIJK |
17. |
MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL |
21 |
KEDAH DARUL AMAN FC |
18. |
MUHAMMAD UBAIDULLAH SHAMSUL FAZILI |
19 |
SKUAD PROJEK FAM-MSN |
19. |
MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK |
22 |
AZUL CLARO |
20. |
MUHAMMAD FIRDAUS IRMAN MOHD FADHIL |
21 |
PDRM FC |
Daripada senarai 20 pemain di atas, lima daripadanya merupakan anggota skuad B-22 kebangsaan pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina iaitu Quentin Cheng, Harith Haiqal Adam Afkar, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Sementara itu, empat pemain di bawah yang turut terbang bersama pasukan ke Hanoi, Vietnam pada 4 Mei lalu akan terus kekal berada di Vietnam sebagai Senarai Bersedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang terpaksa digugurkan jika diuji positif COVID-19 di sepanjang saingan Sukan SEA 2021 berlangsung.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM |
21 |
TERENGGANU FC |
2. |
MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM |
20 |
SELANGOR FC 2 |
3. |
MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN |
20 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
4. |
MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI |
21 |
JOHOR DARUL TA’ZIM III |
Menurut Maloney, beliau menyifatkan keputusan untuk memilih senarai akhir 20 pemain ini cukup sukar buat dirinya kerana beliau berpuas hati dengan setiap komitmen diberikan barisan pemain sepanjang menyertai kem latihan pusat pasukan B-23 kebangsaan ini.
Bagaimanapun, beliau terpaksa memilih 20 pemain disebabkan peraturan bagi acara Bola Sepak Lelaki pada Sukan SEA 2021 ini hanya membenarkan maksimum 20 pemain sahaja.
“Satu keputusan yang sukar kerana kesemua pemain telah memberikan komitmen tinggi sepanjang kami bersama dalam sesi latihan dan saya cukup berpuas hati kerana kesemua pemain memberikan kerjasama yang cukup baik.
“Ia bukan mudah untuk saya tetapi saya harus membuat keputusan kerana peraturan hanya membenarkan 20 pemain sahaja didaftarkan,” kata Maloney.
Bagi Kumpulan B, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada Sabtu, 7 Mei 2022, jam 8.00 malam (waktu Malaysia), Laos pada Rabu, 11 Mei 2022, jam 8.00 malam (waktu Malaysia), Singapura pada Sabtu, 14 Mei 2022, jam 5.00 petang (waktu Malaysia) dan Kemboja pada Isnin, 16 Mei 2022, jam 5.00 petang (waktu Malaysia), dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan tersebut dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.
Sementara saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam bersama-sama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke separuh akhir pada Khamis, 19 Mei 2022 di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan Final dijadual berlangsung pada Ahad, 22 Mei 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Jumaat, 6 Mei 2022