Sesi Perkenalan Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan Kebangsaan yang Baru

Sesi Perkenalan Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan Kebangsaan yang Baru 

(Kiri: Fritz Schmid, Datu Sudarsono, Dollah Salleh dan Dato’ Hamidin)

·         Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin telah memperkenalkan secara rasmi Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datu Sudarsono,  Naib Presiden FAM sebagai Pengurus Pasukan Kebangsaan dan Fritz Schmid sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 9 Julai 2014.

·         Datu Sudarsono Osman  telah menyatakan bahawa beliau menerima cabaran untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan berikutan minat yang mendalam terhadap bola sepak negara. Beliau memberitahu sidang media bahawa beliau teruja untuk menyumbang tenaga dan idea untuk membawa mutu bola sepak negara ke peringkat yang lebih tinggi.

·         Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Tajikistan pada 8 Ogos 2014 ini merupakan cabaran pertama untuk ketua jurulatih Dollah Salleh bersama pasukan kebangsaan dibawah pimpinan beliau. Beliau mempunyai masa yang singkat untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan.

o   Sesi latihan hanya berlangsung dalam satu hingga dua hari sahaja sebelum pasukan berlepas ke Tajikistan.

o   Perlawanan persahabatan kelas A berdepan Jordan akan berlangsung pada 11 Oktober tahun ini.

o   Dollah Salleh akan mula mengumpul pemain untuk skuad kebangsaan selepas Hari Raya Aidilfitri.

o    60-70 peratus majoriti pemain skuad kebangsaan akan dikekalkan dan Piala Malaysia akan menjadi platform untuk mencari bakat-bakat baru yang menyerlah untuk diserapkan bersama pasukan Harimau Malaya.

o   Pemain yang terpilih untuk pasukan kebangsaan akan berlatih selama sebulan dalam penyediaan ke kejohanan Piala AFF Suzuki 2014.

·         Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk pasukan kebangsaan untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014.

 

Maklumat tambahan.

·         Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membatalkan perlawanan persahabatan menentang Korea Utara oleh kerana pertindihan tarikh dengan Piala Malaysia 2014.

·         Kejohanan Pestabola Merdeka 2014 juga dibatalkan untuk memberi laluan kepada penyediaan pasukan kebangsaaan ke Sukan Asia 2014.

 

 

 

J Category: 
article/latest-news