SIARAN MEDIA: AKADEMI JDT DIANUGERAHKAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM YANG PERTAMA

2020-08-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menganugerahkan Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai Ahli Emas pertama bagi Piagam SupaRimau FAM atas usaha berterusan dalam membangunkan bola sepak akar umbi di negara ini.

Menyedari akan perlunya meningkatkan pembangunan bola sepak akar umbi di negara ini, Piagam SupaRimau FAM dibuat untuk menjadi alat sokongan yang memiliki proses sistem akreditasi dan penilaian yang bertujuan meningkatkan standard semua akademi bola sepak dan kualiti program mereka.

Bagi memperolehi keahlian dalam Piagam SupaRimau FAM, akademi bola sepak akan dinilai melalui 5 kriteria utama, iaitu kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan dan pendidikan. Akademi JDT telah merangkumi kesemua aspek-aspek ini dengan jayanya.

 

Kepimpinan

Akademi JDT adalah sebuah realisasi oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk mewujudkan akademi terbaik di Malaysia bagi menghasilkan pemain berkualiti bertaraf antarabangsa. Akademi ini diselia oleh Pengarah Teknikal, Alistair Edwards dengan bantuan daripada Pengurus Pembangunan K. Sukumaran dan pasukan mereka yang terdiri dari Pengarah Akademi, Pegawai Perhubungan Akademi, Ketua Pencarian Bakat, Ketua Kecergasan, Ketua Fisiologi, dan Penyelaras untuk kumpulan pemain dengan umur yang berbeza, dan lain-lain.

 

Perancangan

Dengan visi dan misi yang jelas, Akademi JDT telah merencanakan rancangan yang luas dan terperinci untuk semua pemain-pemain muda mereka. Ibu bapa pemain-pemain muda ini bukan sahaja telah diterangkan dengan laluan perjalanan pemain malahan dengan falsalah Akademi JDT yang turut memberikan pendidikan penuh dan intensif untuk semua pemain muda.

 

Kemudahan

Akademi JDT mempunyai 3 venue latihan: Padang Tapak Universiti Teknologi Malaysia di Johor Bahru, Padang Mawar di Pasir Gudang dan Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah di Skudai. Venue-venue ini juga dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan terkini untuk menyediakan pemain-pemain muda persekitaran yang selamat untuk berlatih dan sering digunakan untuk perlawanan persahabatan / pertandingan kompetitif.

 

Pertandingan Akar Umbi

Bagi mengembangkan bakat pemain-pemain muda ini, Akademi JDT kerap kali memberikan pendedahan kepada semua pemain di setiap peringkat umur ke pertandingan bola sepak tempatan dan antarabangsa. Sebagai tambahan kepada pertandingan ini, pemain dari setiap kumpulan umur didedahkan kepada sekurangnya minimum 15 perlawanan persahabatan setiap tahun. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu mempercepatkan perkembangan pemain-pemain kerana mereka memperolehi lebih banyak pengalaman pertandingan.

 

Pendidikan

Bagi mendekatkan hubungan dengan komuniti dan orang awam, Akademi JDT mengadakan banyak aktiviti lain selain daripada bola sepak akar umbi seperti ceramah motivasi, kelas bahasa, kursus bimbingan dan banyak lagi.

Ini menjadikan Akademi JDT sebagai akademi pertama di Malaysia yang dianugerahkan dengan keahlian emas Piagam SupaRimau FAM.

“FAM menghargai usaha berterusan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam mempromosikan dan membangunkan pemain bola sepak di peringkat akar umbi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan JDT kerana menjadi akademi pertama yang dianugerahkan keahlian emas,” kata YBhg Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden FAM.

 

--------

 

MEDIA RELEASE: JDT ACADEMY THE FIRST ACADEMY TO BE AWARDED THE FAM SUPARIMAU CHARTER GOLD MEMBERSHIP

2020-08-04

The Football Association of Malaysia (FAM) has awarded Johor Darul Ta'zim (JDT) Academy the first FAM SupaRimau Charter Gold membership for its continuous efforts in developing grassroots football in the country.

Recognising the need to enhance grassroots football in the country, the FAM SupaRimau Charter is created to be an endorsement tool which possesses an accreditation and evaluation system process that aims to raise the standards of all football academies and the quality of their programmes.

To obtain a FAM SupaRimau Charter membership, football academies are assessed through 5 criteria, namely leadership, planning, facilities, competition and education. JDT Academy has excelled in all of them.

 

Leadership

The JDT Academy is the realization of HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor’s vision to establish the best academy in Malaysia that produces quality players of international standard. The Academy is guided by Technical Director, Alistair Edwards with the help of Development Manager, K. Sukumaran and their team of Academy Directors, Academy Liaison Officer, Head of Scout, Head of Fitness, Head of Physio, and Coordinators.

 

Planning

With a clear vision and mission, JDT Academy has submitted an extensive and detailed plan for all their young players. Parents of young players can be comforted that not only the players’ pathway are laid out, JDT Academy’s philosophy also includes full education for all their young players.

 

Facilities

JDT Academy has a total of 3 training venues: Padang Tapak Universiti Teknologi Malaysia in Johor Bahru, Padang Mawar in Pasir Gudang and Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah in Skudai. These venues are also fully equipped to provide young players a safe environment to train and frequently used to play friendlies / competitive matches.

 

Grassroots Competition

To develop their young players, JDT Academy regularly exposes their players of all age groups to local and international football competitions. In addition to these competitions, players of each age group enjoy a minimum of 15 friendly matches per year. These activities rapidly helps the players’ development as they gain more competition experience.

 

Education

JDT Academy holds many other off the pitch activities such as motivation talks, language classes, coaching courses and more.

This makes JDT Academy the first academy in Malaysia to be awarded with the FAM SupaRimau Charter gold membership.

“FAM recognises and appreciates Johor Darul Ta'zim Football Club’s constant efforts in promoting and developing football players at grassroots level. I would like to extend my congratulations to HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and JDT for being the first academy to be awarded the gold membership,” said YBhg Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, President of FAM.