2022-10-27
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan kolaborasi terbaharunya bersama salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia, HP Inc. Malaysia.
Jalinan kerjasama itu dimeterai bagi memastikan arena e-sukan bola sepak serta ekosistemnya terus dibangunkan menerusi pengunaan barangan elektronik berkualiti tinggi seperti komputer riba HP Victus dan perkakasan permainan HyperX keluaran HP.
Selain itu, HP Malaysia juga telah menzahirkan komitmennya sebagai rakan penaja Peralatan Teknologi Maklumat & e-Stor rasmi skuad eRimau FAM bagi kempen FIFA eNations Series 2023 yang dijadualkan bermula Disember ini.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin melihat kolaborasi bersama syarikat teknologi terkemuka itu sebagai permulaan yang amat baik untuk masa hadapan e-sukan bola sepak di dalam negara.
"Sokongan yang telah dizahirkan oleh barisan penaja FAM telah banyak membantu kami di FAM untuk terus membangunkan serta menambah baik ekosistem bola sepak di Malaysia.
"Menerusi kolaborasi terbaharu FAM bersama HP Malaysia, kini kami berpeluang untuk memperluaskan serta menambah baik ekosistem bola sepak negara dengan memasukkan e-sukan bola sepak ke dalam program pembangunan negara.
"Saya harap menerusi kolaborasi ini, FAM dapat melahirkan lebih ramai bakat muda di dalam arena e-sukan bola sepak yang boleh mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia," kata Datuk Haji Hamidin.
Beliau turut meluahkan rasa teruja untuk melihat skuad eRimau FAM beraksi pada kempen FIFA eNations Series 2023 dengan kehadiran HP Malaysia sebagai penajanya.
"Saya yakin dengan HP Malaysia sebagai penaja skuad eRimau, barisan pemain serta jurulatih lebih bersemangat untuk memulakan kejohanan itu nanti," ujar beliau lagi.
Majlis menandatangani perjanjian di antara FAM dan HP Malaysia itu telah dihadiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar.
Exco FAM, Saaran Nadarajah dan ACP (B) Md Dali Wahid, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman dan Pengarah Urusan HP Malaysia, Alex Tan serta turut menampilkan empat pemain skuad eRimau iaitu Ahmad Akmal Abdul Rafil, Faiq Iskandar Saiful Bahri, Muhammad Imran Burhanudeen dan Muhammad Muzzafar Zuhair Mustafa.
Pengarah Urusan HP Malaysia, Alex Tan berkata, “HP dan FAM berkongsi visi yang sama untuk meningkatkan kualiti e-sukan di Malaysia. Menerusi prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan oleh atlet Malaysia dalam beberapa tahun ini, kami percaya jalinan kerjasama ini adalah tepat demi memburu kegemilangan.
“Jalinan kerjasama ini menandakan komitmen yang tinggi terhadap industri permainan di Malaysia yang semakin berkembang dan kami di HP Malaysia amat teruja untuk memulakan kolaborasi ini dengan melengkapkan skuad eRimau bersama teknologi yang mereka perlukan untuk persiapan FeNOQ22 Play-Ins Asia & Oceania 2023,” katanya.
**********
MEDIA RELEASE: HP MALAYSIA AND FAM PARTNER TO ELEVATE MALAYSIA'S ESPORTS FOOTBALL SCENE
The Football Association of Malaysia (FAM) today announced its latest collaboration with one of the world’s leading technology companies, HP Inc. Malaysia.
The partnership is set to ensure the esports football arena and ecosystem continue to be developed as well as nurtured through the usage of high-quality electronics such as HP Victus laptops and HyperX gaming peripherals provided by HP.
HP Malaysia is the official Information Technology Equipment & e-Store partner for the national esports football squad, eRimau, as they begin their FIFA eNations Series 2023 campaign this December.
The FAM President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, saw the collaboration with the well-known technology company as a brilliant start for the future of esports football in the country.
“The support that we have been receiving from our FAM sponsors have massively contributed towards FAM’s effort to continuously develop and improve the football ecosystem in the country.
"With FAM's latest collaboration with HP Malaysia, we can now branch out and improve the football ecosystem by including the esports football industry into the programme.
“I hope that through this partnership, we can produce more young talents in the esports arena of football that could make Malaysia proud," said Datuk Haji Hamidin.
He also expressed his excitement to see the FAM eRimau squad at the FIFA eNations Series 2023 campaign with the presence of HP Malaysia as its sponsor.
"I am confident with HP Malaysia coming on board as the sponsor of the FAM eRimau squad, the players and coaches will be more enthusiastic to start the FIFA eNations Series 2023 campaign," he explained.
The signing ceremony between FAM and HP Malaysia was attended by the FAM President, Datuk Haji Hamidin, FAM Deputy President, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, FAM Executive Committee and Chairman of the FAM Marketing & Sponsorship Committee, Dato’ Sri Shahril Mokhtar.
FAM Executive Committee, Saaran Nadarajah and ACP (B) Md Dali Wahid, FAM General Secretary, Noor Azman Hj Rahman and HP Malaysia Managing Director, Alex Tan together with four eRimau players, Ahmad Akmal Abdul Rafil, Faiq Iskandar Saiful Bahri, Muhammad Imran Burhanudeen and Muhammad Muzzafar Zuhair Mustafa.
Alex Tan, Managing Director of HP Malaysia shared, “HP and FAM share the same vision to elevate esports in Malaysia, and with the excellent performance of Malaysia’s athletes in the past few years, we believe that it is a worthwhile cause to champion together. This partnership marks an increased commitment to ever advancing Malaysia’s gaming industry, and we couldn’t be more excited to equip the incredible and talented athletes of eRimau with the tools they need to prepare for the FeNOQ22 Play-Ins Asia & Oceania 2023.”
* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 27 Oktober 2022