SIARAN MEDIA: KELANTAN DIPOTONG TIGA MATA LIGA PREMIER SELEPAS GAGAL IKUT ARAHAN FIFA

2019-04-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa pasukan Kelantan secara serta merta dipotong tiga mata dalam saingan Liga Premier 2019.

Ia hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas Pengarah Teknikal KAFA, Alfredo Carlos Gonzalez.

 

Berikut adalah kronologi kes berdasarkan tarikh:

 

* Ia bermula pada 19 Januari 2018 apabila FAM menerima surat daripada FIFA berkenaan aduan Gonzalez terhadap KAFA berkaitan pelanggaran kontrak

* Pada 20 Februari 2018, FIFA telah menghantar surat tuntutan rasmi daripada Gonzalez dan KAFA diberi masa sehingga 12 Mac 2018 untuk memberikan maklumbalas, namun KAFA gagal berbuat demikian.

* Ia sekali gus memaksa Kamar Penyelesaian Pertelingkahan Kebangsaan (NDRC) FIFA menjatuhkan hukuman kepada KAFA dan keputusan kes berkenaan telah dihantar pada 19 Jun 2018 dengan KAFA diminta membayar gaji tertunggak, pampasan kontrak dan kos prosiding.

* Pada 19 Ogos 2018, KAFA telah menghantar surat kepada FIFA untuk memohon penangguhan pembayaran sehingga siasatan berkenaan sijil kejurulatihan Gonzalez selesai.

* Namun pada 16 Oktober 2018, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menghantar surat kepada FAM dan KAFA bagi memaklumkan bahawa sijil kejurulatihan yang dimiliki Gonzalez itu adalah sah dan tulen.

* Susulan itu, FIFA pada 22 Oktober 2018 telah memaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FIFA untuk tindakan selanjutnya.

* Pada 18 Februari 2019, KAFA telah memaklumkan kepada FIFA berkenaan perubahan pentadbiran pasukan Kelantan yang akan diambil alih oleh Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW), sekali gus segala hutang tertunggak KAFA akan diambil alih oleh KRW.

* Namun pada 6 Mac 2019, FIFA telah menghantar keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mana KAFA diarahkan untuk membayar tuntutan daripada Gonzalez, denda FIFA dan kos prosiding yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM235,686 dalam tempoh 30 hari.

* Jika gagal, KAFA akan dipotong tiga mata dalam saingan liga domestik untuk pasukan utamanya iaitu pasukan Kelantan yang kini beraksi dalam Liga Premier 2019.

* Bagi memastikan KAFA tidak dikenakan hukuman, FAM telah menghantar surat pertanyaan status pembayaran dan peringatan kepada KAFA pada 2 April 2019 supaya bayaran tersebut perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 4 April 2019.

* Pada 3 April 2019, KAFA telah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat meneruskan pembayaran tersebut berikutan berlakunya masalah dalaman antara KAFA dan KRW. KAFA memohon lanjutan masa selama 30 hari kepada FIFA dengan alasan segala tunggakan hutang akan kembali diambil alih oleh KAFA.

* Akhirnya pada 10 April 2019, FAM telah menerima surat arahan daripada FIFA supaya pemotongan tiga mata itu dibuat dengan kadar segera dan kegagalan FAM untuk berbuat demikian akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan pula terhadap FAM termasuk larangan menyertai semua kejohanan anjuran FIFA.

 

Justeru, FAM hari ini telah memajukan surat arahan daripada FIFA itu kepada Malaysian Football League (MFL) untuk badan pengendali Liga Malaysia itu mengeluarkan surat rasmi pemotongan tiga mata kepada pasukan Kelantan dalam saingan Liga Premier 2019.

Dengan apa yang berlaku ini, FAM ingin mengingatkan serta menasihati ahli-ahli gabungan yang lain supaya tidak mengambil mudah arahan berkaitan hukuman yang telah dijatuhkan oleh FIFA atau AFC kerana kesan dan akibatnya nanti akan terpaksa ditanggung oleh pasukan masing-masing.

Biarpun KAFA telah dikenakan pemotongan tiga mata, mereka bagaimanapun tetap perlu untuk melunaskan juga bayaran seperti dinyatakan itu bagi mengelak dikenakan hukuman atau tindakan lanjut lain yang lebih berat daripada FIFA selepas ini.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

-------

 

PRESS RELEASE: KELANTAN DOCKED THREE PREMIER LEAGUE POINTS AFTER FAILING TO COMPLY WITH FIFA DECISION

2019-04-11

The Football Association of Malaysia (FAM) would like to announce today that Kelantan, with immediate effect, will be docked three points in the 2019 Premier League.

It is as punishment from the Fédération Internationale de Football Association (FIFA) after Kelantan Football Association (KAFA) failed to adhere to instructions and timeframe set by the FIFA Disciplinary Committee to clarify the official claim made by former KAFA Technical Director, Alfredo Carlos Gonzalez.

 

Here is the case chronology by date:

 

* It started on 19th January 2018 when FAM received a letter from FIFA regarding Gonzalez's complaint against KAFA regarding breach of contract.

* On 20th February 2018, FIFA sent an official claim letter from Gonzalez and KAFA was given until 12th March 2018 to revert, but KAFA failed to do so.

* That forced the FIFA National Dispute Resolution Chamber (NDRC) to sentence KAFA and the decision was lodged on 19th June 2018 with KAFA instructed to pay outstanding salary, contract compensation and proceedings costs.

* On 19th August 2018, KAFA sent a letter to FIFA to apply for a postponement until the investigation into Gonzalez's coaching certificate is completed.

* However, on 16th October 2018, the Asian Football Confederation (AFC) sent a letter to FAM and KAFA to inform that Gonzalez's coaching certificate is legitimate and genuine.

* Following that, FIFA on 22nd October 2018 informed that the case will be brought to the FIFA Disciplinary Committee for further action.

* On 18th February 2019, KAFA has informed FIFA regarding the change in administration for Kelantan which was acquired by Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW), thus KAFA's outstanding debt will be taken over by KRW.

* On 6th March 2019, FIFA sent the decision made by the FIFA Disciplinary Committee which ordered KAFA to pay for claims from Gonzalez, FIFA fines and costs of proceedings totalling to around RM235,686 within 30 days.

* Failing to do so will result in KAFA’s first team being docked three points in their domestic league, the 2019 Premier League.

* To ensure KAFA is not penalized, FAM sent a letter of inquiry on payment status and reminder to KAFA on 2nd April 2019 so that the payment should be settled by 4th April 2019.

* On 3rd April 2019, KAFA informed that they could not proceed with the payment due to internal disagreements between KAFA and KRW. KAFA then applied for a 30-day extension to FIFA on the grounds that any outstanding arrears will be taken over by KAFA.

* Finally, on 10th April 2019, FAM received a directive from FIFA that the three-point deduction will take place with immediate effect and FAM's failure to do so would lead to disciplinary action imposed on FAM including ban from participating in all FIFA-organised tournaments.

 

Thus, FAM today has forwarded a letter from FIFA to the Malaysian Football League (MFL) for the governing body of the Malaysian League to issue a formal letter in regards to Kelantan’s three-point deduction in the 2019 Premier League.

With this, FAM would like to remind and advise other affiliates not to take directives regarding the penalties imposed by FIFA or AFC lightly as the consequences may have to be borne by respective teams.

Even though KAFA has been subjected to three-point deduction, they will still need to pay the fee as stated above to avoid further penalties or further action from FIFA hereafter.

 

Stuart Ramalingam

General Secretary of Football Association of Malaysia (FAM)