SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM KALI KEENAM BAGI PENGGAL 2021-2025

2022-11-07

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Antara keputusan yang telah dicapai Jawatankuasa Eksekutif FAM adalah seperti berikut:

 

PASUKAN KEBANGSAAN

 

  1. PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 16/17 TAHUN

 

Jawatankuasa Eksekutif FAM mengucapkan tahniah kepada pengurus pasukan, En. Christopher Raj Aralanthu dan Ketua Jurulatih, Osmera Omaro kerana telah melayakkan diri ke pusingan akhir AFC U17 Asian Cup 2023.

 

KEJOHANAN AFC U17 ASIAN CUP 2023

Latihan Pusat Luar Negara: Doha, Qatar (Sedang dimuktamadkan)

Tarikh kejohanan: 3 – 20 Mei 2023

 

  1. PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 23 TAHUN

 

KEJOHANAN AFF U23 CHAMPIONSHIP 2023

Tarikh kejohanan: Belum dimuktamadkan

 

KEJOHANAN SEA GAMES, CAMBODIA

Tarikh kejohanan: 5 - 17 Mei 2023

 

KEJOHANAN AFC U23 ASIAN CUP 2024 QUALIFIERS

Tarikh kejohanan: 4 - 12 September 2023

 

  1. PASUKAN KEBANGSAAN

 

Secara tentatifnya, pengurusan pasukan kebangsaan mengatur perancangan seperti berikut:

 

PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1

 

BIL

TARIKH

PERLAWANAN

MASA

VENUE

  1.  

9 Dis 2022

Malaysia vs Cambodia

9.00 mlm

Std Nasional Bukit Jalil

  1.  

14 Dis 2022

Malaysia vs Maldives

9.00 mlm

Std KL Cheras

 

 

KEJOHANAN AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022

 

Tarikh kejohanan: 21 Disember 2022 – 16 Januari 2023

 

JADUAL KEJOHANAN AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022

PERINGKAT KUMPULAN (B)

BIL

TARIKH

PERLAWANAN

MASA

VENUE

  1.  

21 Dis 2022

Myanmar vs Malaysia

TBC

TBC

  1.  

24 Dis 2022

Malaysia vs Laos

9.00 mlm

Std Nasional Bukit Jalil

  1.  

27 Dis 2022

Vietnam vs Malaysia

TBC

TBC

  1.  

3 Jan 2023

Malaysia vs Singapore

9.00 mlm

Std Nasional Bukit Jalil

SEPARUH AKHIR (Perlawanan Tempat Sendiri)

  1.  

7 Jan 2023

*Jika Malaysia Naib Juara Kumpulan B

Std Nasional Bukit Jalil

  1.  

9 Jan 2023

* Jika Malaysia Juara Kumpulan B

Std Nasional Bukit Jalil

AKHIR (Perlawanan Tempat Sendiri)

  1.  

13 Jan 2023

*Jika Malaysia Juara Kumpulan B

TBC

  1.  

16 Jan 2023

* Jika Malaysia Naib Juara Kumpulan B

TBC

 

 

PERKEMBANGAN PENGGUNAAN VIDEO ASSISTANT REFEREE (VAR) DI DALAM LIGA MALAYSIA 2023

 

Jawatankuasa Eksekutif FAM memaklumkan bahawa FAM kini sedang dalam proses penelitian dan perbincangan bagi penggunaan VAR di dalam Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2023. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

BOLA SEPAK WANITA

 

Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju melantik Ketua Jurulatih Pasukan Wanita Kebangsaan yang baharu iaitu Ms. Soleen Al-Zou’bi dari Jordan bermula pada bulan Disember 2022.

 

PASUKAN WANITA KEBANGSAAN BAWAH 16/17 TAHUN

 

AFC U17 WOMEN’S ASIAN CUP QUALIFIERS, INDONESIA 2024

 

Pasukan Wanita Kebangsaan Bawah 16/17 Tahun telah diundi di dalam Kumpulan A akan memulakan kempen pada bulan April 2023 di Thailand. Berikut adalah jadual perlawanan:

 

BIL

TARIKH

PERLAWANAN

1

26 April 2023

Malaysia vs Kepulauan Mariana Utara

2

28 April 2023

Indonesia vs Malaysia

3

30 April 2023

Thailand vs Malaysia

 

PASUKAN WANITA KEBANGSAAN BAWAH 19/20 TAHUN

 

AFC U20 WOMEN’S ASIAN CUP QUALIFIERS, UZBEKISTAN 2024

 

Pasukan Wanita Kebangsaan Bawah 19/20 Tahun telah diundi di dalam Kumpulan G yang akan memulakan kempen berkenaan pada bulan Mac 2023 di Kemboja. Berikut adalah jadual perlawanan:

 

BIL

TARIKH

PERLAWANAN

1

8 Mac 2023

Malaysia vs Pakistan

2

10 Mac 2023

Kemboja vs Malaysia

3

12 Mac 2023

Myanmar vs Malaysia

 

PERKEMBANGAN PERTANDINGAN FUTSAL TAHUN 2023

 

  1. Malaysia Premier Futsal League (MPFL) - Kategori Lelaki
  2. Malaysia Premier Futsal League (MPFL) - Kategori Wanita
  3. Malaysia Futsal Cup (MFC) - Kategori Lelaki

 

MALAYSIA PREMIER FUTSAL LEAGUE (MPFL) – KATEGORI LELAKI

  • Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju untuk menambah 1 orang lagi pemain import menjadikan keseluruhan 2 orang pemain import. 1 kuota terbuka dan 1 kuota Asia.
  • Pertandingan di peringkat liga dijangka bermula pada bulan Februari 2023 sehingga Julai 2023.

 

MALAYSIA PREMIER FUTSAL LEAGUE (MPFL) - KATEGORI WANITA

  • Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju untuk membenarkan 1 orang pemain import (kuota terbuka) bagi MPFL Kategori Wanita tahun 2023.
  • Malaysia Premier Futsal League (MPFL) – Kategori Wanita dijangka bermula pada bulan Mei 2023, selepas Hari Raya Aidilfitri.

 

MALAYSIA FUTSAL CUP (MFC)

  • 8 Pasukan terbaik dari MPFL layak bermain MFC.
  • Pertandingan akan diadakan selepas tamat saingan liga serta memberi laluan terlebih dahulu kepada kejohanan antarabangsa (AFC/AFF)

 

PERKEMBANGAN TEKNIKAL

Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju untuk melantik Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN yang baharu iaitu En. Noor Zaidi Rohmat bagi kempen Liga Malaysia musim 2023.

 

PERKEMBANGAN PETA HALA TUJU FAM F:30

  • Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju untuk mengadakan Bengkel Setiausaha Agung Ahli Gabungan bagi membincangkan hala tuju pasca pemisahan FA & FC.
  • Pelancaran Pelan Strategik Fasa 2 dijangka akan dibuat pada bulan Mac 2023.
  • Secara keseluruhan, terdapat peningkatan sebanyak 1% kepada 65% untuk suku ketiga bagi tahun 2022.
  • Terdapat kemajuan dalam 3 teras F:30 iaitu dalam Tadbir Urus terdapat peningkatan daripada 64% pada suku kedua kepada 65% suku ketiga.
  • Bagi teras pembangunan, terdapat peningkatan sebanyak 1% kepada 63% di suku ketiga.
  • Manakala terdapat peningkatan sebanyak 2% menjadikan 68% untuk teras pertandingan bagi suku ketiga.
  • Maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh Sekretariat Agung FAM dalam masa terdekat.

 

MAKLUMAT PENJUALAN TIKET PERLAWANAN MELIBATKAN PASUKAN KEBANGSAAN

 

PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1

BIL

KATEGORI

HARGA

1

Dewasa

RM 30.00

2

Kanak-kanak (Bawah 12 tahun)

RM 5.00

 

Tiket bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 akan dijual secara online akan diuruskan sepenuhnya oleh Tickethotline International Sdn Bhd.

 

AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022

KATEGORI

PERINGKAT KUMPULAN

SEPARUH AKHIR

Grandstand

RM100.00

RM 120.00

Premium

RM70.00

RM 80.00

Terbuka

RM50.00

RM 50.00

Kanak-kanak

RM10.00

RM 10.00

 

Harga tiket bagi perlawanan akhir akan ditentukan sekiranya Pasukan Kebangsaan layak dan berdasarkan venue yang digunakan nanti.

Penjualan tiket sepenuhnya secara online yang akan diuruskan oleh Thaiticketmajor Co. Ltd iaitu pencetak tiket yang telah dilantik oleh pihak AFF.

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 7 November 2022