SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT KEENAM JAWATANKUASA RAYUAN FAM

2023-08-05

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh CP (Bersara) Dato’ Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan telah membincangkan sebanyak empat kes.

Bagi tiga kes pertama iaitu membabitkan penyokong Johor Darul Ta'zim membakar suar, rayuan yang dikemukakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim telah ditolak, sekali gus hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan.

Sementara bagi kes keempat iaitu membabitkan pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim, penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023 adalah dikekalkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Mohamad Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak.

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 5 Ogos 2023