SIARAN MEDIA: KIA MALAYSIA JALIN KERJASAMA BERSAMA FAM

2022-08-22

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kia menerusi syarikat pengedarnya, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJM), anak syarikat kepada Bermaz Auto Berhad (BAuto). 

Menerusi kerjasama bersama DJM ini, FAM akan meraih faedah terutama sekali buat Unit Pasukan Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk melakukan pemerhatian pemain-pemainnya di seluruh negara selain akan melancarkan kerja-kerja logistik Unit Pentadbiran FAM.

Menurut Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, kerjasama bersama DJM ini telah bermula pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 Jun lalu namun kerjasama berkenaan ketika itu khusus untuk tempoh kejohanan sahaja.

“Menerusi kejayaan serta persembahan berkualiti Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia berjaya menarik perhatian DJM untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama kami sekali gus menjadi rakan rasmi automotif FAM dan Harimau Malaya.

“Sebagai presiden FAM, sudah tentu jalinan kerjasama ini adalah pencapaian yang amat membanggakan di mana FAM dapat meluaskan lagi hubungan strategik bersama syarikat-syarikat gergasi di luar sana.

“Harapan saya menerusi jalinan kerjasama bersama DJM, ia dapat memberi motivasi kepada skuad Harimau Malaya untuk terus melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia,” kata Datuk Haji Hamidin.

Kerjasama strategik bersama DJM itu akan menyaksikan tiga unit kenderaan utiliti besar (GUV) model terbaharu Kia iaitu Kia Karnival 2022 digunakan oleh FAM serta skuad Harimau Malaya.

Majlis penyerahan kenderaan Kia menerusi syarikat pengedarnya itu telah berlangsung di Pusat 3S Kia Flagship yang baharu di Glenmarie, Shah Alam petang tadi.

Ia telah dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato' S. Sivasundaram serta barisan Exco FAM, Dato' Sri Shahril Mokhtar, Syed Yazid Syed Omar dan Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon bersama barisan kejurulatihannya.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Prima Auto Sdn Bhd/Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Dato Amer Hamzah Ahmed berkata DMJ komited terhadap pembangunan sukan di Malaysia di mana sukan adalah salah satu medium untuk mencipta serta menggalakkan persekitaran yang sihat demi membangunkan negara.

 

*******

MEDIA RELEASE: KIA MALAYSIA COLLABORATES WITH FAM

The Football Association of Malaysia (FAM) has signed a strategic partnership with Kia through its local distributor, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJM), a subsidiary of Bermaz Auto Berhad (BAuto).

Through the partnership with DJM, FAM will surely benefit from it especially the National Team unit led by the Harimau Malaya Head Coach, Kim Pan Gon to perform players' observations across Malaysia and to ensure the smoothness of logistic matters for FAM Administration Unit.

According to FAM President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, the partnership with DJM started during the 2023 Asian Cup Qualifiers campaign last June but the agreement then was only for the period of the tournament.

“Through Harimau Malaya’s fine performance and success during the 2023 Asian Cup Qualifiers in Bukit Jalil National Stadium, it has attracted DJM’s attention to continue its collaboration with us.”

“As the president, surely the strategic collaboration with DJM is one of our proudest achievements where FAM will be able to expand its strategic relationships with more giant companies out there.”

“I hope that through the collaboration with DJM, it will motivate the Harimau Malaya squad to always give their best on the pitch to bring the Malaysia flag to greater heights,” Datuk Haji Hamidin said.

The strategic collaboration with DJM will witness three units of Kia’s latest Grand Utility Vehicle (GUV) model, the 2022 Kia Carnival.

The vehicle handing-over ceremony with Kia through its local distributor took place at the New Kia Flagship 3S Centre in Glenmarie, Shah Alam earlier today.

It was attended by both of Fam Deputy Presidents, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram, FAM Executive Committtee Members, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, Syed Yazid Syed Omar Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, FAM General Secretary, Mohd Saifuddin Abu Bakar together with the Harimau Malaya Head Coach, Kim Pan Gon and his coaching staff.

Meanwhile, the Chairman and Executive Director of Prima Maju Auto Sdn Bhd/Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Dato Amer Hamzah Ahmed said, “DMJ is committed to the development of sports in Malaysia as sports if one the avenues to create and promote healthy environment for the growth of the country.”

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 22Julai 2022