SIARAN MEDIA: LAPORAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM

2020-08-18

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengeluarkan laporan kemas kini pertama berhubung pelaksanaan piagam akar umbi yang dinamakan Piagam SupaRimau FAM.

Ia seperti mana amalan FAM sebelum ini untuk menjadikannya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan matlamat berkongsi mengenai perkembangan bola sepak akar umbi untuk pemahaman semua dan untuk penambahbaikan industri.

Sebagai permulaan, hari ini FAM akan melaporkan kemas kini mengenai Ahli Emas manakala bagi Ahli Perak dan Ahli Gangsa akan dimaklumkan kemas kininya dalam masa terdekat selepas ini.

Untuk pengetahuan semua, Piagam SupaRimau FAM ini dibezakan menerusi tiga tahap iaitu Ahli Emas (penanda aras) yang memfokuskan kepada pertumbuhan dan pengekalan bilangan pemain dan program; Ahli Perak (maju) yang mementingkan kelestarian dan pembangunan; dan Ahli Gangsa (asas) yang menekankan pada asas yang kuat untuk pertumbuhan masa depan.

Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul Ahli Emas yang pertama selepas sesi penilaian dan penyampaian sijil diadakan di Iskandar Puteri, Johor pada 4 Ogos 2020 disusuli Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Soccer Schools yang menjadi Ahli Emas kedua selepas sesi penilaian dan penyampaian sijil di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2020.

Bagi dianugerahkan sama ada sebagai Ahli Emas, Ahli Perak atau Ahli Gangsa, setiap akademi perlu memenuhi lima kriteria khas iaitu Kepimpinan, Perancangan, Kemudahan, Pertandingan Akar Umbi dan Pendidikan untuk mencapai status Ahli Piagam SupaRimau FAM.

Berikut adalah penerangan mengenai lima kriteria yang telah dinilai terhadap Akademi JDT dan FAS Soccer Schools:

 

 

FAM seterusnya akan melakukan sesi penilaian dari semasa ke semasa ke atas akademi-akademi lain yang telah membuat permohonan bagi menetapkan kategori mereka sama ada akan bergelar Ahli Emas, Ahli Perak atau Ahli Gangsa mengikut syarat-syarat serta kriteria-kriteria yang dipenuhi setiap akademi tersebut.

Keahlian ini hanya sah untuk tempoh dua tahun saja yang mana pada Disember 2021, akademi-akademi yang telah mendapat keahlian Piagam SupaRimau FAM ini perlu memperbaharuinya untuk tempoh dua tahun berikutnya.

 

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)