SIARAN MEDIA: LAPORAN PRESTASI PENGADIL BAGI HARI PERLAWANAN 3 LIGA SUPER 2022

2022-04-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat tindakan awal berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil sepanjang Hari Perlawanan 3 Liga Super 2022 yang telah berlangsung pada Selasa, 5 April 2022 dan Rabu, 6 April 2022.

 

1. Perlawanan Negeri Sembilan FC lwn Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Selasa, 5 April 2022

Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab.

FAM telah menerima surat aduan daripada Selangor FC pada Rabu, 6 April 2022 dan sudah pun membalas surat berkenaan pada Khamis, 7 April 2022.

 

2. Perlawanan Kuala Lumpur City FC lwn Johor Darul Ta'zim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu, 6 April 2022

Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj.

FAM tidak menerima sebarang surat aduan daripada Kuala Lumpur City FC.

 

3. Perlawanan Kedah Darul Aman FC lwn Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Rabu, 6 April 2022

Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa terdapat kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat beberapa keputusan termasuk membatalkan jaringan pasukan Sri Pahang FC.

Biarpun tidak menerima sebarang surat aduan daripada Sri Pahang FC, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah melakukan siasatan, penelitian dan analisis menerusi rakaman video, dan mendapati bahawa memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai perlawanan.

Jawatankuasa Pengadil FAM seterusnya akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan terhadap pegawai-pegawai perlawanan tersebut.

 

ABANG ZULKARNAIN ABANG ABDURAHMAN

Penolong Setiausaha Agung

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Jumaat, 8 April 2022